Top

Temubual Bersama Shuth

April 15, 2008

1) Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual oleh pihak kami. Pertamanya boleh bro Shuth ceritakan secara ringkas latar belakang bro.

Salam.. latar belakang ya? Hmm.. dari mana nak mula ya?.. nama saya mohd suhaimy abu bakar.. kat internet lebih dikenali sebagai shuth dan berumur 27 tahun setengah. Berasal dari Muar, Johor dan kini menetap di selangor .. iaitu di sempadan antara bandar baru bangi & kajang.

Pernah menuntut di UKM dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dalam bidang pengkhususan Sains Maklumat. Buat masa ini, baru memiliki seorang isteri dan 2 orang anak.. oh!

2) Bagaimanakah bro Shuth boleh terlibat dengan perniagaan Internet?

Pada mulanya, saya hanya cuba-cuba mencari duit di internet dengan menyertai program Google Adsense… selepas 3 bulan.. tak sangka pula.. cek dari google betul2 sampai ke rumah . Start dari situ saya semakin mula bersemangat untuk cari duit di internet. jadi.. saya lebih banyak fokus kepada program google adsense pada waktu itu.
Namun begitu.. lama-kelamaan saya terfikir.. apa akan berlaku jika google menutup program adsense nya?.. Maklumlah, pada masa tu banyak program buat duit d internet jadi scam dan ditutup seperti autosurf, hyip, randomizer dan sebagainya..
Walaupun google adsense bukanlah program scam tapi kemungkinan untuk ditutup itu tetap ada.. dan jika ia ditutup , habislah “punca” pendapatan saya di internet. Saya tidak akan mampu berbuat apa2.. sebabnya.. google adsense bukanlah milik saya! saya hanya menjadi player mereka sahaja.

Jadi.. nak tak nak, saya kena ada perniagaan internet saya sendiri dimana saya mempunyai “kuasa” dan kawalan sepenuhnya terhadapnya. Saya yang akan menentukan sendiri jatuh bangun serta buka atau tutupnya “punca” pendapatan saya..

Dipendekkan cerita..  wujudlah sempoihosting dan bermulalah kisah saya di dalam dunia perniagaan internet.

3) Baiklah bro Shuth sebenarnya mempunyai berapa buah perniagaan Internet? Ada sebarang perniagaan offline?

Buat masa ini.. kalau yang betul-betul dipanggil “perniagaan internet”.. baru ada 3.. sempoihosting.com, maskahwin.com & setbersalin.com

4) Saya tahu bro Shuth masih bekerja secara offline..Persoalanya mengapakah bro Shuth tidak berminat melakukan perniagaan Internet sepenuh masa?

Eh? Siapa kata saya tidak berminat untuk melakukan perniagaan internet sepenuh masa?.. Minat & cita-cita tu ada.. cuma belum sampai masanya lagi.. masih ada lagi beberapa “target” yang perlu saya capai sebelum saya beralih kepada “perniagaan internet sepenuh masa”.

5) Berapakah pendapatan tertinggi bro Shuth sebulan yang pernah dicapai? Ini agar memberi motivasi kepada para pembaca.

Oo.. hmm.. entahlah.. saya tak pernah pula kira berapa income yang saya dapat setiap bulan secara tepat.. sebab duit yang masuk tu bersepah-sepah.. oh!, but.. seriously,  saya tak pernah kira dan rekodkan jumlah wang yang saya terima setiap hari.. ada yang masuk ke akaun maybank saya, ada yang masuk ke akaun cimb, bank islam, paypal, akaun nbepay (payment provider), wang pos dan ada juga kadang-kadang check.. setiap bayaran yang saya terima, memang saya ada track bayaran itu untuk apa.. tapi kalau nak mengira berapa jumlah wang yang saya terima setiap hari @ setiap bulan.. saya memang takde masa nak buat benda tu.

Apa yang lebih penting bagi saya..bukanlah berapa wang yang saya “DAPAT” setiap bulan.. tetapi.. berapa yang dapat saya “SIMPAN” setiap bulan. So.. kalau tanya berapa yang saya simpan setiap bulan.. yang itu saya ada rekod.. tetapi, kalau tanya berapa yang saya dapat setiap bulan.. memang saya takde rekod untuk itu..

6) Ketika bro Shuth mula bergiat dalam bidang perniagaan Internet… niche apakah yang diceburi?

Memandangkan biz internet saya yang pertama ialah sempoihosting.. maka nichenya ialah “Webhosting” lah kan?

7) Pada pendapat bro Shuth kenapa pembaca diluar sana perlu memulakan perniagaan Internet?

Eh? kenapa pula mereka perlu memulakan perniagaan internet? kalau bagi mereka semuanya sudah ok.. makan ok! pakai ok! kerja pun ok! buat apa susah-susah nak berniaga di internet?..betul tak? kerja macam biasa je cukupla.. betul tak?.. ho! ho! ho!.. psycho nie..

Ok la.. ok la.. Sebenarnya…. perkara ini terpulang kepada individu.. kalau mereka rasa mereka mempunyai sebab dan alasan yang kuat untuk menjalankan perniagaan internet.. so.. mereka kena buat lah..

Tetapi, kalau mereka rasa mereka tidak ada sebab atau keperluan untuk memulakannya.. mengapa mereka perlu buat?

jadi.. benda nie kena tanya diri sendiri.. mengapa saya perlu memulakan perniagaan internet saya sendiri?.. setiap orang mempunyai sebab mereka yang tersendiri..  :)

8) Apakah nasihat yang bro Shuth boleh berikan kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan Internet ini?

Iqra!.. itu perkataan pertama yang Allah turunkan kepada Nabi muhammad.. membawa maksud.. sebelum anda memulakan apa-apa pun “misi” di dalam hidup anda.. baca & tuntutlah ilmu terlebih dahulu. Begitu juga jika kita ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan internet.. kenalah timba ilmu terlebih dahulu.

9) Salah satu perniagaan bro Shuth secara online yang nampak terus berkembang ialah “Sempoi Hosting”… apakah cabaran utama ketika mula melancarkan perniagaan hosting ini?

Cabaran utamanya bukanlah sewaktu “MEMULAKAN” perniagaan tersebut… cabaran utamanya adalah “SELEPAS” menjalankan perniagaan tersebut, iaitu.. “bagaimana hendak mengekalkan & memajukannya?”… itulah cabaran utamanya.

10) WangCyber.com merupakan salah satu forum yang tidak asing lagi buat usahawan Internet Malaysia berkongsi pendapat… apakah perancangan terkini terus memajukan forum ini?

Perancangan terkini?.. saya kini sedang merancang untuk meningkatkan lagi “brand” serta rangking wangcyber untuk menjadi salah satu website top 100 di malaysia..

11) Saya sendiri menyertai WC300 yang hanya terhad untuk 300 orang forumer di WangCyber.com, namun apakah matlamatnya? Adakah wajar para pembaca Majalah IM sertai WC300 ini?

Selain mendapat hak ekslusif serta kelebihan-kelebihan yang telah dinyatakan di website wangcyber, WC300 juga sebenarnya adalah bertujuan untuk mewujudkan golongan IM yang serius yang mampu menjadi “trend-leader” dan juga “standard-setter” di dalam bidang  perniagaan internet di Malaysia.

12) Seperti yang diketahui umum.. market di Internet ini adalah sangat luas. Apakah target market bro Shuth? dan kenapa bro pilih target market tersebut?

Saya tak ada pilih target market tertentu.. saya ikut projek. Ada sesetengah projek, saya perlu cari target market dulu baru cari produk.. ada sesetengah project, saya perlu cari produk dulu & kemudiannya baru cari market.

Bila masa nak cari market dulu dan bila masa nak cari produk dulu? Tips ini saya ada sharekan bersama ahli2 WC300.
Kalau nak tahu.. mungkin leh jadi ahli WC300

13) Apakah perancangan bro pada masa akan datang?

Perancangan masa depan ada banyak.. tapi salah satu perancangan saya yang terdekat ini ialah menukarkan status syarikat saya dari enterprise kepada sdn. bhd… insyaallah..

14) Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk Majalah IM… apakah pesanan terakhir bro Shuth kepada para pembaca :)

Dalam hidup ini, banyak perkara yang perlu kita lakukan.. tetapi.. perkara yang lebih penting untuk dilakukan ialah.. mengejar impian hidup kita. Jadi.. jangan sesekali membiarkan hari ini berlalu tanpa anda melakukan sesuatu untuk mencapai impian hidup anda..

Comments

2 Responses to “Temubual Bersama Shuth”

  1. Jutawan Pasar Malam on May 13th, 2008 7:57 am

    Salam….

    Shuth… tahniah?
    Kerana Shuth telah memulakan sesuatu yang amat membanggakan dan saya teruja dengan jawapan Shuth… kenapa perlu jalankan online bisnes.. tepuk dada tanya selera… he he he

    http:wwwrealestet.blogspot.com

  2. miss square on June 26th, 2008 11:18 am

    hi, i’m newbie in this biz.. shuth my kwn se company. i learnt a lot from him. seorg yg pemurah ilmu.. so hopefully saya juga akan sukses spt otai2 semua.. huhu

Got something to say?





Bottom