Top

Temubual Bersama Shuth

April 15, 2008

1) Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual oleh pihak kami. Pertamanya boleh bro Shuth ceritakan secara ringkas latar belakang bro.

Salam.. latar belakang ya? Hmm.. dari mana nak mula ya?.. nama saya mohd suhaimy abu bakar.. kat internet lebih dikenali sebagai shuth dan berumur 27 tahun setengah. Berasal dari Muar, Johor dan kini menetap di selangor .. iaitu di sempadan antara bandar baru bangi & kajang.

Pernah menuntut di UKM dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dalam bidang pengkhususan Sains Maklumat. Buat masa ini, baru memiliki seorang isteri dan 2 orang anak.. oh!

2) Bagaimanakah bro Shuth boleh terlibat dengan perniagaan Internet?

Pada mulanya, saya hanya cuba-cuba mencari duit di internet dengan menyertai program Google Adsense… selepas 3 bulan.. tak sangka pula.. cek dari google betul2 sampai ke rumah . Start dari situ saya semakin mula bersemangat untuk cari duit di internet. jadi.. saya lebih banyak fokus kepada program google adsense pada waktu itu.
Namun begitu.. lama-kelamaan saya terfikir.. apa akan berlaku jika google menutup program adsense nya?.. Maklumlah, pada masa tu banyak program buat duit d internet jadi scam dan ditutup seperti autosurf, hyip, randomizer dan sebagainya..
Walaupun google adsense bukanlah program scam tapi kemungkinan untuk ditutup itu tetap ada.. dan jika ia ditutup , habislah “punca” pendapatan saya di internet. Saya tidak akan mampu berbuat apa2.. sebabnya.. google adsense bukanlah milik saya! saya hanya menjadi player mereka sahaja.

Jadi.. nak tak nak, saya kena ada perniagaan internet saya sendiri dimana saya mempunyai “kuasa” dan kawalan sepenuhnya terhadapnya. Saya yang akan menentukan sendiri jatuh bangun serta buka atau tutupnya “punca” pendapatan saya..

Dipendekkan cerita..  wujudlah sempoihosting dan bermulalah kisah saya di dalam dunia perniagaan internet.

3) Baiklah bro Shuth sebenarnya mempunyai berapa buah perniagaan Internet? Ada sebarang perniagaan offline?

Buat masa ini.. kalau yang betul-betul dipanggil “perniagaan internet”.. baru ada 3.. sempoihosting.com, maskahwin.com & setbersalin.com

4) Saya tahu bro Shuth masih bekerja secara offline..Persoalanya mengapakah bro Shuth tidak berminat melakukan perniagaan Internet sepenuh masa?

Eh? Siapa kata saya tidak berminat untuk melakukan perniagaan internet sepenuh masa?.. Minat & cita-cita tu ada.. cuma belum sampai masanya lagi.. masih ada lagi beberapa “target” yang perlu saya capai sebelum saya beralih kepada “perniagaan internet sepenuh masa”.

5) Berapakah pendapatan tertinggi bro Shuth sebulan yang pernah dicapai? Ini agar memberi motivasi kepada para pembaca.

Oo.. hmm.. entahlah.. saya tak pernah pula kira berapa income yang saya dapat setiap bulan secara tepat.. sebab duit yang masuk tu bersepah-sepah.. oh!, but.. seriously,  saya tak pernah kira dan rekodkan jumlah wang yang saya terima setiap hari.. ada yang masuk ke akaun maybank saya, ada yang masuk ke akaun cimb, bank islam, paypal, akaun nbepay (payment provider), wang pos dan ada juga kadang-kadang check.. setiap bayaran yang saya terima, memang saya ada track bayaran itu untuk apa.. tapi kalau nak mengira berapa jumlah wang yang saya terima setiap hari @ setiap bulan.. saya memang takde masa nak buat benda tu.

Apa yang lebih penting bagi saya..bukanlah berapa wang yang saya “DAPAT” setiap bulan.. tetapi.. berapa yang dapat saya “SIMPAN” setiap bulan. So.. kalau tanya berapa yang saya simpan setiap bulan.. yang itu saya ada rekod.. tetapi, kalau tanya berapa yang saya dapat setiap bulan.. memang saya takde rekod untuk itu..

6) Ketika bro Shuth mula bergiat dalam bidang perniagaan Internet… niche apakah yang diceburi?

Memandangkan biz internet saya yang pertama ialah sempoihosting.. maka nichenya ialah “Webhosting” lah kan?

7) Pada pendapat bro Shuth kenapa pembaca diluar sana perlu memulakan perniagaan Internet?

Eh? kenapa pula mereka perlu memulakan perniagaan internet? kalau bagi mereka semuanya sudah ok.. makan ok! pakai ok! kerja pun ok! buat apa susah-susah nak berniaga di internet?..betul tak? kerja macam biasa je cukupla.. betul tak?.. ho! ho! ho!.. psycho nie..

Ok la.. ok la.. Sebenarnya…. perkara ini terpulang kepada individu.. kalau mereka rasa mereka mempunyai sebab dan alasan yang kuat untuk menjalankan perniagaan internet.. so.. mereka kena buat lah..

Tetapi, kalau mereka rasa mereka tidak ada sebab atau keperluan untuk memulakannya.. mengapa mereka perlu buat?

jadi.. benda nie kena tanya diri sendiri.. mengapa saya perlu memulakan perniagaan internet saya sendiri?.. setiap orang mempunyai sebab mereka yang tersendiri..  :)

8) Apakah nasihat yang bro Shuth boleh berikan kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan Internet ini?

Iqra!.. itu perkataan pertama yang Allah turunkan kepada Nabi muhammad.. membawa maksud.. sebelum anda memulakan apa-apa pun “misi” di dalam hidup anda.. baca & tuntutlah ilmu terlebih dahulu. Begitu juga jika kita ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan internet.. kenalah timba ilmu terlebih dahulu.

9) Salah satu perniagaan bro Shuth secara online yang nampak terus berkembang ialah “Sempoi Hosting”… apakah cabaran utama ketika mula melancarkan perniagaan hosting ini?

Cabaran utamanya bukanlah sewaktu “MEMULAKAN” perniagaan tersebut… cabaran utamanya adalah “SELEPAS” menjalankan perniagaan tersebut, iaitu.. “bagaimana hendak mengekalkan & memajukannya?”… itulah cabaran utamanya.

10) WangCyber.com merupakan salah satu forum yang tidak asing lagi buat usahawan Internet Malaysia berkongsi pendapat… apakah perancangan terkini terus memajukan forum ini?

Perancangan terkini?.. saya kini sedang merancang untuk meningkatkan lagi “brand” serta rangking wangcyber untuk menjadi salah satu website top 100 di malaysia..

11) Saya sendiri menyertai WC300 yang hanya terhad untuk 300 orang forumer di WangCyber.com, namun apakah matlamatnya? Adakah wajar para pembaca Majalah IM sertai WC300 ini?

Selain mendapat hak ekslusif serta kelebihan-kelebihan yang telah dinyatakan di website wangcyber, WC300 juga sebenarnya adalah bertujuan untuk mewujudkan golongan IM yang serius yang mampu menjadi “trend-leader” dan juga “standard-setter” di dalam bidang  perniagaan internet di Malaysia.

12) Seperti yang diketahui umum.. market di Internet ini adalah sangat luas. Apakah target market bro Shuth? dan kenapa bro pilih target market tersebut?

Saya tak ada pilih target market tertentu.. saya ikut projek. Ada sesetengah projek, saya perlu cari target market dulu baru cari produk.. ada sesetengah project, saya perlu cari produk dulu & kemudiannya baru cari market.

Bila masa nak cari market dulu dan bila masa nak cari produk dulu? Tips ini saya ada sharekan bersama ahli2 WC300.
Kalau nak tahu.. mungkin leh jadi ahli WC300

13) Apakah perancangan bro pada masa akan datang?

Perancangan masa depan ada banyak.. tapi salah satu perancangan saya yang terdekat ini ialah menukarkan status syarikat saya dari enterprise kepada sdn. bhd… insyaallah..

14) Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk Majalah IM… apakah pesanan terakhir bro Shuth kepada para pembaca :)

Dalam hidup ini, banyak perkara yang perlu kita lakukan.. tetapi.. perkara yang lebih penting untuk dilakukan ialah.. mengejar impian hidup kita. Jadi.. jangan sesekali membiarkan hari ini berlalu tanpa anda melakukan sesuatu untuk mencapai impian hidup anda..

Temubual Bersama Gobala Krishnan

April 15, 2008

1) Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk diinterview oleh pihak Flarebiz. Pertamanya boleh bro Gobala menceritakan sedikit latar belakang bro.

Baiklah…Saya tak nak cerita panjang-panjang, secara ringkas sahaja. Saya belajar Business Managment and Marketing di MMU dan setelah gradute saya berkerja di Telekom Malaysia lebih kurang 3 setengah tahun. Tapi sejarah saya dalam perniagaan internet ini sebenarnya bermula sejak saya belajar lagi iaitu masa saya mula belajar bagaimana nak buat website pada satu samesta di MMU. Selepas itu, saya belajar sendiri bagaimana nak buat website dan saya berjaya menghasilkan satu website tentang gitar elektrik dan musik.

Lebih kurang 6 bulan selepas buat website tu, saya terserempak dengan satu website tentang bagaimana membuat money online dan saya amat tertarik dengan idea tersebut. Lepas 6 bulan mencuba tapi hasilnya tetap gagal. Pada bulan kelapan, akhirnya saya berjaya juga buat sedikit duit dari internet iaitu cheque bernilai $43 dollar atau lebih kurang RM 140. Dari situ minat mula timbul tapi selepas mula berkerja saya tak banyak masa untuk mencuba benda-benda lain dalam perniagaan internet selain buat kerja kat office.

Saya terperangkap dan takde masa nak buat perniagaan internet ketika tu. Saya sebenarnya tidak percaya perniagaan internet boleh buat duit yang banyak masa itu walaupun saya boleh mendapat lebih kurang RM 800 sebulan. Tapi saya nak jadi jutawan. Lepas tu saya cuba improve dari RM 800 jadi RM 8000 dan lebih kurang setahun mencuba tapi hasilnya tetap gagal…=___=”.

3 tahun lepas tu saya bercadang untuk membuat perniagaan internet secara serius dan professional. Masa tu saya mengambil risiko yang tinggi iaitu saya letak jawatan dalam company Telekom Malaysia dan memulakan kembali perniagaan internet bermula dari zero. Pada 5 bulan pertama memang susah tapi boleh survive la. Selepas tu saya keluarkan sebuah ebook bertajuk “Chapter M” berkenaan penyesaian masalah Paypal dan Clickbank di Malaysia. Daripada ebook itu saya mendapat income lebih dari RM 10,000 dalam masa sebulan.

Dari situ saya mula percaya balik yang perniagaan internet ini bukan sahaja boleh buat poket money, nak buat duit part time atau duit sampingan malah boleh dijadikan business untuk menjadi kaya. Lepas tu saya mula melancarkan produk-produk lain seperti sebuah lagi ebook Wordpress Essential System, membina mailing list sendiri dan mencuba program affiliate. Saya mempromosikan ebook, bergiat dalam affiliate sehinggalah sekarang.

2) Siapakah sebenarnya yang menjadi idola bro dalam perniagaan internet ini?

Saya sebenarnya tiada idola yang saya tiru bulat-bulat, tapi saya ada beberapa orang guru yang saya belajar dari mereka cara membuat merketing, website, membentuk produk dan banyak lagi. Tapi saya masih ingat lagi sebab utama kenapa saya cuba membuat perniagaan internet ini secara fultime, iaitu kerana saya terserempak dengan website seorang internet marketer Malaysia iaitu Partick Chan pada Desember 2004.

Dalam website versi ingeris itu ada mengatakan yang “Rakyat Malaysia yang tidak pernah pergi koleg atau universiti boleh menghasilkan pendapatan lebih lima angka sebulan dari internet sambil berada di rumah dan menonton tv”. Dari situ saya percaya yang kita sebagai rakyat Malaysia pun ada peluang yang sama.

Jika seseorang boleh buat, saya rasa saya pun pun boleh buat dan saya memang terpengaruh dengan Patrick Chan masa itu sehingga membeli DVD kursusnya yang berharga lebih kurang RM600. Dari situ saya paksa diri saya untuk belajar semula benda-benda ini, internet marketing, yelah kadang-kadang kita ingat kita dah pandai. Cth. saya boleh buat RM 800 tapi time nak up buat RM 8000 tak jadi-jadi.. =__=”. Masa itukan saya ingat saya sudah “pandai” sebab tu  nak buat RM 8000 tak jadi-jadi :p.

3) Apa yang istimewanya tentang perniagaan internet ini sehingga bro sanggup berhenti kerja?

Kalau nak jadi kaya memang banyak cara. Buka syarikat yang buat tar jalan pun boleh jadi millionaire atau kaya. Tapi apa yang saya suka pasal perniagaan internet;
1.Kebebasan untuk berkerja dimana-mana je. Asalkan ada internet connection dan dan komputer dah boleh jalan. Tak kira di rumah, di pejabat, dekat starbuck dan dimana-mana je.
2.Tak terhad waktu berkerja setiap hari. Saya boleh berkerja 3 hari dan 3 hari lagi cuti, tak terkongkong. Perniagaan internet dengan menggunakan software dan sebagainya banyak memberi kebebasan kepada saya sebenarnya, dengan kata lain perniagaan internet ini boleh berfungsi secara automatic.

Kebebasan inilah yang saya tertarik pada mulanya sehingga saya membuat keputusan berhenti kerja dan memulakan perniagaan internet

4) Setakat ini bro sudah ada berapa perniagaan internet?

Eeehh…sekarang cuma ada satu je.

5) Produk-produk bro lebih tertumpu pada pasaran global? Kenapa dan apa yang silapnya dengan pasaran Malaysia?

Tidak apa yang silapnya dengan pasaran Malaysia. Salah satu produk saya yang paling berjaya sekali ialah ebook “Chapter M” yang memang 100% untuk market Malaysia sahaja. Tetapi dalam business ini ada infomation marketing, sesetengah infomasi itu memang ia khusus untuk satu market sahaja contohnya ebook “Chapter M” targetnya untuk Malaysian yang ada masalah dengan Paypal dan Clickbank di Malaysia sahaja.

Tapi kalau anda buat ebook yang topiknya lebih general katakan jika anda buat ebook “Online dating”, nak cari awek online la katakan. Infomasi macam tu memang general, ianya boleh diaplikasi dimana sahaja di dunia ni. Tapi kalau anda buat ebook begitu, kenapa hanya tertumpu pada market tempatan sahaja? Kenapa tidak international market kerana anda boleh jual kepada sesiapa pun.

Semuanya bergantung kepada type of infomation yang anda cuba jualkan. Contohnya jika anda visit internetmillionaire.com.my, website usahawan internet yang targetnya untuk Malaysian sahaja kerana type of informationnya. Semuanya depend pada infomation sahaja. Jika infomation anda general yang boleh diapikasikan di negara-negara lain, tidak salah anda menjualnya secara global.

Oleh sebab tukaran wang asing tu, ebook tu mungkin pada rakyat Malaysia kelihatan mahal, tapi tidak bagi orang kat US. Katakan anda menjual ebook pada harga $37 USD. $37 USD kat US is nothing sebab mereka dah biasa belanjakan $37 USD ni untuk benda sebegini. Ibarat tukar USD jadi Ringgit Malaysia. RM 37 kat sini biasa je, tidak mahal pun bagi sesebuah ebook.

Tapi jika orang Malaysia convert, orang Malaysia ni suka convert sebenarnya..huhu, bila dah convert dia tengok “usshh!!..RM 126 mahal bangat ebook ni”. Jadi susah sebenarnya nak menyakinkan orang tempatan untuk beli ebook berharga RM 126, kerana kelihatan mahal bagi rakyat Malaysia. Tapi jika infomationnya general, anda boleh target untuk global market dan sesetengah market tu spending capasitynya lebih tinggi daripada orang di Malaysia, dengan kata lain lebih mudah untuk jual kepada mereka.

6) Ada sesetengah orang kata perniagaan internet ini sudah tepu? Apa pendapat bro tentang keyataan sinis ini?

Anda sekarang dah tahu kenapa saya quit internet markting sebelum ini? Saya ada cerita yang saya berjaya buat lebih kurang RM 800 dan cuba nak up lebih banyak lagi tapi tak jadi. Last sekali saya give up tapi 3 tahun lepas tu kembali buat internet marketing semula. Masa tu tahun 2002 orang kata benda yang sama jugak, orang kata perniagaan internet sudah tepu, tiada gunanya buat ebook sebab dah ramai dah orang yang buat.

Benda ini memang orang akan sentiasa bercakap dan akan terus bercakap. Tapi masalahnya bukan kerana market dah tepu ke apa, masalahnya ialah adakah diorang faham market tu. Market ini khususnya internet punya market selalu berubah-ubah. Apa yang anda boleh jual 2 tahun dahulu, sekarang dah tak boleh jual dah sebab market dah berubah. Jadi anda juga kena ubah produk anda, kalau anda berjaya menghasilkan produk yang marketnya memang sesuai masa tu, tak kisah la market tu tepu ke, tepung ke asalkan produk itu baik anda boleh buat duit.

7) Perniagaan internet ini ada dua jenis iaitu produk fizikal dan digital? Bila bercakap pasal produk digital orang akan terfikir ebook. Tapi adakah perniagaan ebook masih relevan?

Perniagaan ebook masih relevan dari dulu sampai sekarang. Kalau ada orang yang jumpa saya dan berani kata ebook tak boleh dijual. Saya boleh buktikan dia salah. 5 tahun dahulu ebook memang murah, tapi tidak sekarang. Kalau 5 tahun dulu nak beli ebook tiada yang lebih daripada $100 USD atau $50 USD. Sekarang ini nak dapat ebook kurang daripada $50 USD pun susah. Banyak yang $97 USD, $200 USD pun ada.

So, apa masalahnya bukan orang tak nak beli ebook, malah value of the ebook itselt dah meningkat, dengan kata lain value of the infomation sekarang dah meningkat. Itu menunjukakan perniagaan ebook masih lagi relevan. Ok, kalau orang kata market itu dah tepu, apa masalahnya kalau market itu dah tepu? Bila dah ada ramai orang buat, too much of infomation la. So sekarang ebook anda juga kena berubah, instead ebook yang menceritakan secara basic sahaja kerana orang kini buat ebook yang lebih mendalam, lebih fokus topik-topik kecil dan menerangkannya dengan lebih detail. So, walaupun market tu dah tepu atau terlalu banyak infomation, anda masih boleh menjual ebook asalkan ebook anda much better than other, more targeted dan lebih tertumpu pada suatu market.

8) Sebelum bro mencapai tahap ini apa cabaran dan dugaan yang bro Gobala hadapi sendiri?

Ok…cabaran pertama adalah semasa saya mula-mula nak start perniagaan internet, saya rasa saya asyik membelanjakan duit sahaja. Duit keluar, keluar dan keluar tapi tak masuk-masuk. Kalau duit masuk pun tidak cukup atau tidak sebanyak duit yang keluar, jadi saya always rugi. Jadi bila always rugi, rugi, rugi akan sampai satu tahap yang mana anda pun akan give up, saya pun mengalami perkara yang sama. So, itulah cabaran saya masa starting perniagaan internet ini, always rugi, untuk belajar pula perlu belanjakan banyak wang dan duit yang masuk masa tu sedikit sahaja.

Cabaran kedua pula masa nak mempromosikan produk dalam market. Cabaran disini masa nak buat money online sebab ada banyak sangat methods of marketing: cara promosikan produk, cara mendapatkan traffic dan banyak sangat. The problem is most people cuba nak jadi master dan tahu semuanya. Masalah saya masa tu pun sama juga. The truth is you only need one or two methods untuk mendapat visitors yang visit website anda. One or two  methods yang anda benar-benar expert and do over and over again sebenarnya sudah cukup. Saya dapat katakan yang ini berlaku kerana information overload kini, too much infomation sampai anda pun pening nak buat yang mana satu dan sebab anda tidak tahu nak buat satu akhirnya anda akan give up.

9) Saya juga berpendapat macam bro yang dimana mentaliti segelintir masyarakat kita tidak mahu melabur duit untuk sedikit ilmu. Apa nasihat bro pada mereka?

Dalam 3 tahun ini saya hanya jumpa dua jenis orang je. Yang satu tu peminta sedekah dan lagi satu lagi tu business owner. Yang peminta sedekah ini senang je nak identify diorang, mereka akan hantar e-mail “Halo…saya baru dalam bidang internet ni, saya tak tau apa-apa. Tolong call saya dan ajar saya semua pasal internet marketing”. Kalau korang baca e-mail tu mesti korang rasa “ehh…bodoh betul orang ini, kenapa nak call dia dan explain semua pasal internet marketing”. Bukannya dia mintak tolong “boleh tak saya jumpa awak, call awak atau bayar awak untuk ajar saya”, TAK!! tapi diorang suruh saya call diorang dan ajar semua pasal internet marketing. Ini mentaliti orang yang saya panggil peminta sedekah la, sebabnya diorang ini hanya tahu meminta macam peminta sedekah “tolonglah saya, saya tak tau nak buat apa, tolonglah bagi duit sikit” semua tu sama aje cuma ayat je lain-lain.

Yang satu lagi pula business owner, orang yang berfikir secara business. Mereka ini senang juga nak identify, cakap sekali je diorang dah boleh buat dan mereka tak akan bagi banyak alasan. In fact, mereka perlu dengar sikit je. Business owner ini biasanya akan tanya soalan yang lebih tertumpu. Biasa saya dapat soalan-soalan ini daripada blog , seminar dan email. Diorang akan tanya soalan yang relevan sahaja sebab benda lain semuanya diorang boleh buat research sendiri kat internet.

10) Boleh bro berkongsi dengan kami sedikit rahsia dan formula untuk berjaya dalam perniagaan internet ini?

Rahsia pertama: You must tread it as a business atau anda mesti anggap ini sebagai perniagaan, bukan sebagai hobi atau benda-benda lain. Ok, kalau anda nak anggap ini sebagai hobi pun boleh tapi anda patut terima income tu seperti income hobi la. Kalau anda buat hobi jual bakul kepada 10 orang sebulan, anda takkan jadi jutawan sebab itu hobi. Jadi kalau anda anggap ini sebagai hobi tapi nak jadi jutawan itu tak bolehlah. So you must manage your expectation. Kalau anda spend cuma 1 atau 2 jam sehaja sehari untuk perniagaan internet tapi nak jadi jutawan dalam masa 3 bulan pun tak jadi.

Rahsia kedua:  dapatkan secepat mungkin niche market pada permulaan perniagaan dan cuba dapatkan market yang kena dengan jiwa anda, dengan kata lain market yang anda ada pengetahuan, kalau takde pengetahuan pun anda tahu orang yang expert dalam market itu. Anda harus tahu bagaimana market itu berfikir, website mana yang selalu orang kunjungi, apa yang ramai orang beli online dan banyak lagi. Mula-mula just understand one market sahaja tak payah nak buat website lagi sebelum anda betul-betul memahami market tu. Apa yang mereka beli, apa yang mereka tak akan beli, infomation mana yang mereka nak dan infomation mana yang mereka tak nak, semuanya anda kena faham. If you understand the niche market then you can make money from it.

Rahsia ketiga: Always expend on you instead product. Katakan anda start dalam market musik. Anda dah analysis dan buat target market anda pada orang tempatan dalam arena musik. Anda mesti tahu apa yang diorang minat, contohnya terbaiknya Akademi Fantasia. Katakan anda ada blog tentang AF ini dan anda berjaya membuat duit daripadanya melalui Adsense. Janganlah pada bulan berikutnya anda  cuba market yang completely berbeza dari market asal anda, musik. Katakan anda cuba buat untuk market Health – “How to lose weight”. Kedua-dua market music dan health ini takde kaitan langsung sebenarnya. Apabila anda cuba nak buat dalam market yang completely berbeza, akhirnya anda tidak ada masa nak buat semua ni. Website yang dulu baik pun lama-lama akan jadi buruk juga. Jadi lebih baik memiliki 1 market yang berjaya daripada memiliki 2 market yang gagal.

11) Apakah sebenarnya matlamat Internet Millionaire Club (IMC) ini dan kenapa semua pembaca perlu menyertainya?

Anda dah tahu yang second time saya tertarik pada perniagaan internet ini apabila saya jumpa website Patrick Chan. Dari situ baru saya sedar kalau kita tak tau siapa orang lain yang sudah ada perniagaan online dan kita tak boleh nak jumpa diorang ini untuk belajar secara face to face daripada mereka, memang susah sebenarnya untuk berjaya buat seorang diri. Perniagaan internet ini kalau anda nak buat seorang diri memang susah, tapi jika anda ada group of people macam support group yang anda boleh bertemu dan berbincang kurang-kurang 30 minit, memang banyak idea yang anda boleh dapat dari mereka.

Anda tak boleh nak meluangkan masa mempelajari everything from internet. As a business owner actions is more power than words. Anda kena buat lot of actions untuk promote your business market. Sekali-sekala tu you must meet other successful internet business owner di Malaysia untuk berbincang, mendapatkan idea dan infomasi terbaru dari mereka. That is the way to improve your internet business.

Business saya mula berkembang bila saya mula buat business group saya sendiri macam study group la. Study seorang diri memang boring, tapi kalau anda study dalam satu group especially bila group tu ada perempuan cantik, it will become more interisting sehingga everyday nak study, everyday nak join the group itu tapi kalau buat seorang diri mesti jadi malas, tengok tv, main komputer, dan banyak lagi. IMC ini sama juga, berfungsi sebagai tempat semua succeesful business owner di Malaysia berkumpul. Disinilah tempat saya mengumpulkan semua internet business owner dalam satu group dan kita ada sesi dua bulan sekali untuk learn from each other.

12) Berapa averange income bro?
Sejak april 2006 income saya selalu melebihi RM 10,000 tapi sekarang dah melebihi tinggi, 5 finger la.

13) Apa pesanan bro kepada semua yang ingin memulakan perniagaan internet?

Jangan jadi peminta sedekah. Dalam dunia perniagaan ini kalau kita nak minta sedekah tiada siapa pun yang akan bagi. Jadi cuba ambil tanggungjawab anda sendiri untuk learn something. Untuk berjaya anda tak boleh mengharapkan pada orang lain buat something untuk anda sehingganya anda berjaya.

Itu mentaliti orang yang berkerja kat company, orang yang kerja kat company boleh mengadu pada bosnya “Bos tak tau la, macam mana nak buat, saya tak pandai”. Then bos pun “Ok, ok, takpe, bagi orang lain buat”. Tapi kalau nak buat perniagaan internet jangan jadi peminta sedekah. Janganlah pergi kata kat orang lain “Tolonglah, tolong saya, saya takde duit, saya taknak belanjakan duit, saya taknak buat affort, saya taknak meluangkan masa tapi saya nak berjaya”…=___=”. Jangan ada mentaliti sebegitu sebab tu mentaliti peminta sedekah namanya dan sampai bila-bila pun anda takkan berjaya.

Cuba train yourself to have business owner mentaliti. Bila ada problem dan business ini memang sentiasa ada problem, bila ada problem tu cuba tanam mentaliti macam business owner. Tanya dahulu how to solve the problem and look for the solution. Jangan just say “Ohh…problem, i give up”. “You must try to solve all the problem and take your own responsibility for your own action and that is the way to succeed”.

Bottom