Lihat Tapi Tak Nampak : Tazilan Ibrahim
April 15, 2008
Ironinya masih ramai yang berhadapan dengan dilema dan beranggapan amat sukar mendapatkan idea bisnes yang baik.
Seakan menjadi sebuah misteri… di mana dan bagaimanakah caranya untuk mendapatkan idea bisnes ini? Bahkan seseorang pernah menyatakan kepada saya bahawa puas sudah dia memerah otak dan akal fikirannya untuk mendapatkan idea bisnes yang sesuai untuk dirinya, namun usahanya itu menemui jalan buntu. Ilham yang ditunggu-tunggu tetap tak kunjung tiba bagaikan menanti buah yang tak gugur-gugur. Adakah anda juga begitu? Namun hakikat sebenarnya, ianya tidaklah sesukar seperti yang disangkakan kerana sesungguhnya terdapat banyak idea bisnes ada di persekitaran kita! Cuma kita sahaja yang tak nampak.
Memang benar… sebenarnya idea atau peluang bisnes terbentang luas di hadapan mata kita tetapi kebanyakan daripada kita tidak sedar atau tidak pernah melatih diri bagaimana untuk melihat peluang tersebut. Dalam erti kata lain… kita hanya melihat tetapi tak nampak! Betapa ruginya jika kita mempersiakan anugerah yang dikurniakan tuhan kepada kita. Mata bukan sekadar untuk melihat tetapi juga membolehkan kita nampak sesuatu di sebalik sesuatu, jika
kita mahu.
Bagaimanakah caranya? Dengan teknik mudah, cubalah kenalpasti sejenis bisnes yang menarik minat anda. Kita ambil contoh mudah, katakanlah anda berminat menjalankan bisnes gerai burger. Pertama sekali, buatlah pemerhatian dan kajian bagaimana sebuah gerai burger beroperasi setiap hari. Perhatikan rupa, rekabentuk dan hiasan gerai, cara penyediaan burger, layanan pelanggan dan sebagainya. Yang penting, pastikan anda melihat dan memerhatikan segalanya.
Langkah kedua, selepas pemerhatian anda tadi, fikirkan sekurang-kurangnya 10 perkara atau cara untuk mencipta pembaharuan, inovasi atau penambahbaikan ke atas bisnes tersebut. Latih minda anda untuk mengenalpasti seberapa banyak idea baru untuk menjadikan bisnes gerai burger anda itu nanti lebih baik, lebih inovatif dan lebih berdaya maju! Sekarang, anda sudahpun miliki idea bisnes ada sendiri.
Teknik ini juga boleh digunakan ke atas apa jua jenis bisnes, termasuklah bisnes di internet. Anda tetap boleh bersaing walaupun sesuatu niche itu telah disertai oleh ramai usahawan internet lain, asalkan anda memperkenalkan pembaharuan, kelainan, keunikan dan lain dari yang lain!
Kata akhir saya, setiap kali anda melihat sesuatu… pastikan anda bukan sahaja melihat, tetapi anda juga nampak!
Strategi Pemasaran Produk Affiliate : Zamri Nanyan
April 15, 2008
Salah satu cara menjana pendapatan di Internet tanpa mencipta produk sendiri ialah dengan menjadi rakan kongsi untuk produk yang sedia ada, dan jual kembali produk tersebut untuk mendapat peratusan komisyen yang telah ditetapkan.
Ianya dinamakan program affiliate (atau rakan kongsi) dan MLM online juga tergolong di dalam kategori ini.
Sebagai contoh, ebook “Rahsia Perniagaan Digital” mempunyai program affiliate yang tersendiri. Anda boleh daftar sebagai affiliate di http://www1.bisnesdigital.com/jv dan sekiranya anda berjaya menjual ebook “Rahsia Perniagaan Digital” sebagai affiliate, anda akan mendapat komisyen 50% bagi setiap jualan iaitu besamaan RM18.95. Semua urusan pengiriman produk, masalah pelanggan atau pengiriman komisyen akan diuruskan oleh pihak “Rahsia Perniagaan Digital”. Apa yang anda perlu lakukan ialah cuma memasarkan ebook “Rahsia Perniagaan Digital” ini dengan menggunakan pautan (link) affiliate anda.
Walaubagaimanapun, memasarkan produk affiliate juga memerlukan strateginya yang tersendiri kerana anda perlu dedahkan link affiliate anda kepada seberapa ramai bakal pembeli yang mungkin, tanpa melakukan SPAM. Semakin besar pasaran sasaran anda, semakin tinggi jualan yang bakal anda hasilkan.
Jadi di sini saya akan terangkan salah satu cara yang saya gunakan untuk mempromosikan produk affiliate yang mampu menghasilkan jualan dan juga memperkembangkan perniagaan internet anda secara tidak langsung. Tetapi, sebelum itu, mari kita lihat dahulu infrastruktur yang diperlukan untuk menjayakan strategi ini.
Berikut ialah peralatan yang anda perlukan:
- “Squeeze Page atau Opt-in Page”. (dalam bahasa Malaysia, saya namakan laman web “Borang Langganan”).
Laman web “Borang Langganan” ialah bertujuan untuk memudahkan bakal pembeli produk affiliate anda meninggalkan nama dan alamat e-mel mereka untuk anda hubungi di kemudian hari. Di laman web ini cuma ada beberapa maklumat penting mengenai perniagaan anda dan satu borang langganan percuma.
Apa yang selalu saya berikan di sini ialah satu e-kursus percuma selama beberapa hari. Jadi saya nyatakan di laman web ini seperti “E-kursus Perniagaan Digital Selama 5 Hari Percuma. Langgan Sekarang Dengan Memasukkan Nama Dan Alamat E-Mel Anda” atau yang seumpamanya.
Sesiapa yang berminat dengan apa yang saya tawarkan akan meninggalkan nama dan e-mel mereka di dalam borang yang saya sediakan di laman web ini.
- Autoresponder
Ini merupakan perisian yang dapat membantu anda menguruskan senarai nama pelanggan dan bakal pembeli anda. Saya pernah menggunakan autoresponder yang dipasangkan di pelayan web saya sendiri namun saya dapati ianya lebih mudah untuk menggunakan servis yang dikendalikan oleh mereka yang profesional. Jadi, saya amat syorkan anda menggunakan GetResponse atau Aweber. Elakkan penggunaan autoresponder yang percuma kerana jika anda ingin perniagaan anda berkembang pada masa akan datang, anda tidak ingin mengambil risiko masalah yang selalu berkaitan dengan servis autoresponder percuma.
Di dalam autoresponder ini, masukkan e-kursus yang anda tawarkan. Ianya merupakan siri mesej berkaitan e-kursus anda dalam format 5 atau 7 e-mel. Emel ini ditulis terlebih dahulu dan diprogramkan ke dalam autoresponder berbayar anda untuk menghantar mesej ini pada tempoh-tempoh yang ditentukan. Sebagai contoh, e-mel pertama akan dihantar sebaik sahaja bakal pembeli anda memasukkan nama dan emel mereka ke dalam borang langganan anda. Emel kedua dihantar 2 hari kemudian, dan begitulah seterusnya. Dan penghantaran emel ini sebenarnya berjalan secara automatik hasil daripada penggunaan autoresponder anda.
- Blog
Blog ialah satu laman web dinamik. Ianya selalu dikemaskini oleh penulisnya untuk memberitahu pembaca mengenai perkembangan semasa yang berkaitan dengan bisnes yang anda jalankan. Terdapat banyak perisian blog di internet tetapi saya sarankan anda menggunakan Wordpress yang dipasang di pelayan web anda sendiri.
Selepas anda menyediakan infrastruktur yang diterangkan di atas, anda sekarang sudah bersedia untuk ke langkah seterusnya – iaitu mempromosikan laman web “Borang Langganan” anda. Sila jangan keliru di sini kerana anda tidak cuba untuk mempromosikan sebarang laman web affiliate pada masa ini lagi.
Anda akan mempromosikan laman web “Borang Langganan” anda supaya anda boleh menambahkan seramai mungkin nama dan e-mel bakal pembeli anda ke dalam pengkalan data (database) autoresponder anda. Kebarangkalian anda untuk mendapat lebih banyak jualan meningkat apabila anda mempunyai senarai nama sasaran yang besar.
Sekali lagi saya tekankan – FOKUS kepada cara untuk mendapatkan seramai mungkin bakal pembeli anda ke dalam database autoresponder anda, dan berikut adalah cara-cara anda melakukannya.
- Pemasaran Melalui Forum
Terus-terang saya katakan yang saya bencikan forum SEKIRANYA forum yang saya sertai mempunyai ramai orang yang cuma berminat untuk mempromosikan produk mereka sahaja tanpa memberikan ilmu untuk dikongsi bersama. Jadi, sebelum anda lakukan SPAM di mana-mana forum, anda perlu ingat yang tujuan forum diwujudkan ialah untuk berkongsi ilmu dan maklumat supaya peserta forum boleh mendapat faedah sesama sendiri secara percuma.
Kalau hendak berforum, pasti ada caranya. Dan anda boleh lakukannya begini… di dalam bahagian keahlian forum yang anda sertai, ada disediakan kemudahan meletakkan ‘signature file’ yang membolehkan anda meletakkan link ke sebarang laman web. Gunakan bahagian ini untuk meletakkan link ke laman web ‘borang langganan’ anda.
Yang menariknya, untuk setiap paparan yang anda tulis di forum yang anda sertai, ‘signature file’ anda akan disertakan di akhir paparan tersebut. Inilah bahagian yang anda gunakan untuk promosi produk anda. Kadang-kadang ada juga disediakan ruangan beriklan di dalam forum yang anda sertai. Di sini juga anda boleh beriklan.
- Penulisan Artikel
Sekiranya anda mahir dengan sesuatu topik, tidak menjadi masalah untuk anda menulis sebarang artikel yang berkaitan dengan topik tersebut. Mula menulis sekarang dan berikan kebenaran untuk orang lain memaparkan artikel anda di laman web mereka.
Tapi sebelum itu, berikan syarat anda terlebih dahulu – iaitu bagi sesiapa yang ingin menggunakan artikel anda, mereka perlu meletakkan biografi ringkas mengenai anda di akhir artikel yang anda tulis tersebut dan tiada sebarang pindaan dilakukan ke atas artikel anda. Di dalam biografi ringkas inilah anda letakkan link ke laman web anda.
- Pemberian Laporan Percuma
Selepas menulis beberapa artikel, gabungkan artikel ini dan jadikan satu laporan ringkas yang anda benarkan orang lain menyebarkannya secara percuma. Pastikan anda meletakkan link ke laman web anda di dalam laporan percuma ini supaya sesiapa yang membacanya boleh melawati laman web anda dengan cuma klik ke link yang anda berikan.
Walaubagaimanapun, laporan percuma ini sepatutnya disimpan dalam format PDF supaya nampak lebih profesional. Sekiranya perlu, upah seseorang untuk mencipta “report cover” (kulit buku untuk laporan percuma) anda.
Ketiga-tiga kaedah promosi yang dinyatakan di atas adalah sebagai permulaan dan anda boleh juga mengaplikasikan lagi beberapa kaedah yang saya rasa tak kurang juga hebatnya di bawah:
- Meninggalkan komen di blog yang mempunyai ramai pembaca, dan jangan lupa meletakkan link ke laman web anda semasa berbuat demikian.
- Membeli ruang iklan di laman web orang lain seperti iklan pautan (link) atau banner.
- Joint venture atau berkongsi promosi untuk memasarkan laman web masing-masing. Sebagai contoh, anda boleh membuat ulasan mengenai laman web rakan anda di blog anda dan rakan anda boleh membuat ulasan di laman web beliau. Kemudian anda dan rakan anda hantarkan ulasan yang ditulis ini ke mailing list masing-masing. Dengan cara ini, saingan anda akan menjadi rakan kongsi anda untuk kebaikan bersama.
Selepas anda melakukan kaedah pemasaran yang saya nyatakan di atas secara besar-besaran, anda sepatutnya mempunyai ramai orang di dalam senarai nama di dalam sistem autoresponder anda.
Di sinilah bermulanya promosi produk affiliate anda.
Kemaskinikan blog perniagaan anda selalu dengan informasi yang menunjukkan anda adalah pakar di dalam bidang yang anda ceburi. Sekiranya produk yang anda pasarkan adalah berkaitan kereta lumba, pastikan anda berikan banyak informasi mengenai kereta lumba di blog anda.
Di masa yang sama, anda boleh gunakan fungsi ‘broadcast’ (iaitu menghantar email kepada semua orang yang berada di dalam mailing list anda secara serentak) untuk memberitahu yang anda telahpun mengemaskini blog anda. Dari sinilah anda mula mempromosikan produk affiliate anda. Bagi contoh kereta lumba yang kita bincangkan di sini, anda bolehlah mempromosikan produk affiliate seperti replika kereta lumba dan poster pemandu kereta lumba.
Jangan lupa meletakkan pautan (link) ke produk affiliate di blog anda juga dan
Dengan menggunakan kaedah ini, anda akan sentiasa mempunyai pasaran yang tepat untuk mempromosikan produk affiliate anda. Sekiranya anda perlukan wang tunai, dan jika dilakukan dengan betul, satu email ke mailing list anda sahaja sudahpun cukup untuk mendapatkannya.
Akhir sekali, saya ingin nyatakan yang kaedah ini cuma salah satu cara yang berkesan untuk mempromosikan produk affiliate. Ini juga merupakan salah satu cara saya melakukannya untuk mempromosikan laman web www.ZamriNanyan.com saya. Apabila anda sudah mahir,
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.ZamriNanyan.com, http://www.SuccessUniversity.com.my dan http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
Kuasa Minda Adalah KARUT! : SmartZul
April 15, 2008
Di dalam usaha perniagaan Internet, biasanya akan timbul persoalan “bagaimanakah untuk mendapatkan motivasi?”. Soalan ini biasanya akan dipersoalkan apabila mereka menghadapi masalah atau hilang semangat untuk meneruskan usaha perniagaan.
Sebenarnya, persoalan ini pasti akan kurang dipersoalkan jikalau mereka memulakan usaha perniagaan Internet mereka dengan betul dan penuh dengan perancangan.
Kebanyakan daripada kita hanya mencari motivasi semata-mata tatkala kita dirundung masalah, mengalami kerugian di dalam perniagaan, ‘diserang’ oleh individu yang tidak dikenali atau hilang arah dan semangat. Apabila masalah itu telah pergi dan selesai, maka kita kembali leka dan apabila didatangi lagi dengan masalah, maka pencarian motivasi kembali dilakukan.
Namun, berapa ramaikah di antara kita yang sudah bersiap sedia dari awal agar motivasi terus kekal cemerlang dan tidak mudah kalah kepada ujian dan rintangan yang mendatang? Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan motivasi di peringkat awal ini dan agar ia terus kekal?
Kuasa Minda?
Kita sering mendengar panduan motivasi seperti berfikiran positif, kuasa minda, berani gagal, jangan takut dengan masalah dan lain-lain lagi. Ya, semua ini betul, tetapi adakah hanya itu sahaja teknik motivasi yang perlu dilakukan? Bagi saya, semua ini akan menjadi KARUT, GAGAL dan TIDAK MENJADI jika aspek atau unsur yang lain tidak diambil kira.
Faktor Luaran
Untuk terus bermotivasi di dalam perniagaan Internet, anda perlu mempunyai perancangan, pernyataan matlamat, tindakan yang betul dan pengurusan masa yang baik.
Aspek-aspek ini akan memastikan anda terus bermotivasi kerana dengan adanya perancangan, anda akan melakukan usaha perniagaan dengan penuh gembira, bersemangat, teratur, seronok dan lancar.
Bayangkan, jika anda tidak merancang dengan baik, sudah semestinya anda tidak tahu untuk melakukan apa yang perlu bukan? Akibatnya, anda akan hilang arah tujuan dan akhirnya anda tidak melakukan kerja yang sepatutnya. Kesannya, anda tidak mendapat hasil yang sepatutnya, perniagaan jatuh merudum dan akhirnya motivasi anda akan hilang begitu sahaja.
Jelas, motivasi bukan hanya berkaitan dengan minda atau berfikiran positif semata-mata. Ia adalah karut jika anda tidak melakukan persediaan luaran yang lain seperti mana yang dinyatakan di atas. Pendek katanya, motivasi diri bergantung kepada dua sumber iaitu motivasi dalaman (internal motivation) dan juga motivasi luaran (external motivation) seperti perancangan perniagaan, penetapan matlamat dan pengurusan masa.
Sebab itulah jika anda melihat mereka yang tahu bermacam-macam perkara seperti motivasi kuasa minda atau seumpama dengannya tidak berjaya di dalam perniagaan kerana mereka tidak mengutamakan unsur motivasi yang lain tadi.
Mulakan Dengan Betul
Kesimpulannya di sini ialah, pastikan anda memulakan perniagaan Internet dengan BETUL seperti melakukan perancangan perniagaan, ada matlamat, pengurusan masa yang baik dan lain-lain aspek.
Dengan gabungan daya fikir yang positif, penggunaan minda yang optimum dan kepercayaan diri yang tinggi, anda akan pasti memiliki kuasa motivasi yang berterusan yang mana ia akan menjadi bahan bakar dan momentum kepada usaha perniagaan anda.
Ya, kuasa minda bukan lagi karut jika anda selarikannya bersama dengan tindakan dan perancangan yang tersusun rapi. Minda adalah anugerah Ilahi, tetapi ia tidak lagi berguna jika apa yang ada di dalamnya tidak sama dengan perancangan, sikap dan tindakan anda.
Kuasa minda bukanlah kuasa ajaib, tetapi ia adalah satu kelebihan yang ada pada manusia untuk menetapkankan hala tuju diri sama ada untuk berjaya atau tidak. Apabila ia bukan kuasa ajaib, maka sudah pasti ia memerlukan daya gerak yang lain seperti yang dinyatakan di atas.
Bayangkan, jika apa yang ada di dalam minda digabungkan dengan sikap dan tindakan yang bagus, apakah hasilnya? Sudah pasti kejayaan yang melimpah-ruah. Pastikan apa yang ada di dalam minda (fikiran) anda dimanifestasikan dengan tindakan yang betul. Jika unsur dalaman (minda) dan unsur luaran saling bertentangan, maka itulah puncanya anda susah untuk berjaya.
Mengenai Penulis Artikel
Mohd Zulfadli atau dikenali sebagai SmartZul adalah usahawan Internet sepenuh masa dan juga merupakan seorang penulis blog yang aktif dan prolifik. Anda boleh melawati blog beliau untuk mendapatkan tip dan panduan perniagaan Internet secara percuma di http://blog.smartusaha.com.







