Top

MajalahIM Edisi 5

July 1, 2008

thumb-cover5.jpg

Alhamdulillah, akhirnya Adly aka Labanon selaku Ketua Editor Majalah IM bersama Zhafran dan krew Majalah IM serta Team Flarebiz telah Berjaya menyiapkan dan menerbitkan Majalah IM untuk edisi Jun. Walaupun agak lewat kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan di samping beliau sibuk dengan pelancaran produk Rahsia 10K pada pertengahan bulan Jun lepas, namun Majalah IM edisi Jun ini tetap diterbitkan.

Seperti edisi MajalahIM yang lepas, Majalah IM 5 turut dihiasi dengan cover yang unik dan menarik. Mungkin menjadi antara edisi cover yang terbaik setakat ini.

Terdapat banyak isi kandungan  yang menarik perhatian saya pada edisi Jun ini. Antaranya, Anda Mahu Wang Tunai Segera?, Jangan Berhenti Belajar!, Resepi Kejayaan Dengan Minda Anda!, Anda Gagal, SEO Dan Kepentingannya dan sebagainya.

Kelainan pada edisi ini, Majalah IM memuatkan kartun hasil lukisan kartunis yang tidak asing lagi iaitu saudara Ubi. Hasil kerjanya sangat kreatif dan kemas.

Majalah IM terus menganas dengan kehadiran penulis baru yang hebat iaitu saudara Fuad Latip yang merupakan pakar Search Engine Optimization (SEO). Beliau akan menerangkan secara berperingkat iaitu 1 bab setiap bulan sehingga bab ke terakhir iaitu bab 8. Bermakna otai SEO kita ini akan menulis artikel berkenaan SEO dalam Majalah IM sehingga edisi Majalah IM yang ke-12.

Selain itu otai-otai IM kita seperti Irwan Dahnil, SmartZul, Amar Mahmood, Shamsuddin Kadir, Alang, Tazilan Ibrahim, Galadriel, Zamri Nanyan dan Amirol terus menyumbangkan hasil penulisan yang sangat tidak ternilai di dalam Majalah IM 5 ini.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang mendalami serta belajar peluang dan panduan menjalankan perniagaan Internet di Majalah IM sekarang.

KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD

Comments

35 Responses to “MajalahIM Edisi 5”

  1. arsenal fan on July 1st, 2008 8:49 pm

    tq team flarebiz utk majalah ni…mmg sangat membantu utk newbie seperti saya=)

  2. junaidi92 on July 1st, 2008 9:56 pm

    t.q
    dah lama saya nantikan majalah ni..
    harap di bulan akan datang pun dapat diterbitkan.

  3. Rosbira on July 2nd, 2008 12:48 am

    Terima kasih diucapkan kepada Labanon, Zhafran dan krew Majalah IM serta Team Flarebiz telah berjaya menerbitkan MajalahIM edisi kelima ini. Sesungguhnya majalah ini banyak membantu saya khususnya dalam internet business ini.

  4. Mohd Hilmi on July 2nd, 2008 12:53 am

    TAHNIAH pada team majalah Im kerana penerbitan yang berkualiti ini! :)
    harap makin berjaya pada masa akan datang!

  5. wanis311 on July 2nd, 2008 1:20 am

    Terima kasih,saya dah download…nanti baca

  6. Zul on July 2nd, 2008 2:16 am

    Terima kasih team flare Biz…Ia sangat membantu saya yang masih baru ni dalam IM…

  7. One Sue on July 2nd, 2008 2:27 am

    Terima kasih…Saya baru je download….InsyaALLAH saya akan baca….saya sebenarnya tgh bersemangat nak mempraktikkan ilmu yang saya baca….insyaALLAH slowly i will apply all…..terima kasih banyak2 di atas usaha murni krew majalah IM

  8. newbie on July 2nd, 2008 2:41 am

    Thnx FlareBiz Team,, korang punya usaha perlu ditingkatkan lagi coz ramai newbie2 cm aku ni nak bangun..da gak yg dh jtuh tp nk bgun susah cm aku gak lah..but thnx to u all, krna kerja keras siapkan majalah IM utk sume.. Well done, man!!!
    Malaysia Boleh, Majalah IM Maju!!!!

  9. Panduan Buat Duit Online | Majalah IM 5 Edisi Jun | Team MajalahIM | Panduan Buat Blog Buat Duit on July 2nd, 2008 3:34 am

    […] segera majalah IM secara PERCUMA di http://www.majalahIM.com Share and Bookmark this article : These icons link to social bookmarking sites where readers can […]

  10. beduz on July 2nd, 2008 4:00 am

    thank labanon…
    harap gempak skit bulan ni.

  11. roz on July 2nd, 2008 6:05 am

    Majalah yang sangat best..setiap keluaran mesti saya dapatkan. TQ

  12. Cikgu Azleen on July 2nd, 2008 6:19 am

    Thanks.. Great product!

  13. afiq on July 2nd, 2008 7:11 am

    alhamdulillah..

    akhirnya siap gak buku saudara..
    sy dah dnloadkan..:)

  14. oktant on July 2nd, 2008 9:37 am

    Salam dan tahniah buat semua crew yg terlibat.

    Nanti saya buat review kat blog bila dah habis baca yer ;p.

    Thanks.

  15. selamat on July 2nd, 2008 1:27 pm

    Tahniah atas usaha keras anda..dan isi kandungan banyak membantu newbies seperti saya.Teruskan usaha dan memberikan panduan bagi kami praktikan bersama.Terima kasih.

  16. suleiman on July 2nd, 2008 1:32 pm

    TQ Team Flare. Kalian tak pernah lupa menghubungi kami pd setiap keluaran. Amat dinanti-nantikan. Yg pastinya, isi kandungan IM amat berguna kpd semua IMers.

  17. wyrams on July 3rd, 2008 5:03 am

    Tahniah Team Flare Biz dapat meneruskan
    majalah Im.

    Harap tiada masalah lagi utk keluaran seterusnya.

  18. halim on July 3rd, 2008 5:24 am

    tq..team flare….tak penah lupa send mail btau setiap keluaran IM…newbie cam saya ni perlu motivasi selalu….slowly dah belajar buat blog tapi masih perlu di baiki lagi…tq so much…..ilmu baik perlu dikongsi….rezeki datang melimpahi…teruskan usaha membantu kami semua…thanks..Allah akan merahmati segala usaha anda..insyaallah..

    boleh beri komen blog saya..?

    http//herba-bio-asli.blogspot.com

  19. fid on July 3rd, 2008 7:02 pm

    thanks for the great magazine

  20. mady on July 4th, 2008 12:35 am

    Tahniah Team Flare Biz… Jom kita download ramai2 jangan terlepas hingga edisi 12.

  21. khalid on July 4th, 2008 3:35 am

    Terima kasih yang tidak terhingga kepada Team Flarebiz
    Saya amat mengagumi kerjasama yang diberikan untuk meningkatkan lagi bilangan IMers di Malaysia ini.Saya telah memuat turun laporan ini.

  22. Md Yakub on July 4th, 2008 3:40 am

    Terima kasih kerana majalah ini banyak membantu seperti kami yang masih baru.

  23. zekqia on July 4th, 2008 3:56 am

    Terima kasih kerana majalah ini banyak membantu dan mengajar cara menjalankan perniagaaan internet dengan betul dan juga saya masih baru dalam forum ini.Bantuan dari kawan-kawan amat diperlukan untuk mencari rezeki di bumi yang maha esa ini.

  24. Zaki on July 4th, 2008 4:42 am

    Terima kasih. Saya memang tercari -carai majalah atau penulisan yang dapat membantu menambah pengetahuan dalam bidang perniagaan internet.

  25. reen on July 4th, 2008 5:20 am

    tq…selalu send email…terlalu banyakl ilmu yang saya dapat..membantu…camana nak dpt duit cam u buat lebanon n the gang…????sanbgat membanggakan..anak muda pewaris bangsa..

  26. siti nur aishah on July 4th, 2008 9:15 am

    malayu

  27. siti nur aishah on July 4th, 2008 9:17 am

    sy tk tau apa2 lagi pasal IM ini,kerana sy org baru.

  28. Khiril Anwar / Teknik Simple on July 4th, 2008 3:19 pm

    Majalah IM suatu pendekatan yang positif bagi melahirkan lebih ramai lagi usahawan internet yang mampu menjana pendapatan serta memantapkan ekonomi masa kini dan akan datang yang lebih mencabar. Suatu usaha bagi membantu orang ramai memperolehi sumber pendapatan yang berterusan.
    TAHNIAH! TERUSKAN USAHA DAN KERJASAMA UNTUK KEBAIKAN SEMUA…
    ( Pembelajaran adalah sepanjang hayat )

  29. jeff wong on July 5th, 2008 7:34 am

    Tahniah!! dan hebat sekali.

    Teruskan usaha gigih dengan kepentingan bersama.
    gua caya sama lu….. best!!!..bestnya….

  30. mohd amin on July 5th, 2008 4:00 pm

    tak reti bahasa internet,boleh sediakan “dictionary column” setiap keluaran IM, untuk saya yang masih baru . tQ semua disana.

  31. Rizal [Self Improvement/Financial Sharing] on July 5th, 2008 6:21 pm

    Tahniah atas usaha gigih team Flarebiz.. akhirnya siap juga majalah IM edisi 5 ni.. Pengalaman team Flarebiz menjadi iktibar bg kami yg masih baru dlm ‘industri’ IM di Malaysia…

  32. Mohd. Noor on July 7th, 2008 1:50 am

    Terima Kaseh Labanon. Mesti ada manarik akan isi kandungan nya dan tidak sabar
    lagi untuk membaca nya. Tahniah dan terima kaseh sekali lagi Labanon.

  33. ezat on July 9th, 2008 9:50 am

    waaa ha ha majalah kegilaan aku sudah kluar!!mmg best giler team flarebiz!!muahh kiss skali!!jgn salah angap ,kiss ni untk majalah IM je,bukan korang, nanti pelik plk….. hu hu….

  34. nik on July 12th, 2008 8:46 am

    Tahniah… lambat pun dah keluar gak… sentiasa ada ilmu terkini… teruskan usaha anda..

  35. syarif on July 13th, 2008 5:55 am

    terima kasih team flarebiz diatas ebook yang dikeluarkan.

Got something to say?





Bottom