Top

Maksimumkan Pendapatan Dengan Teknik SEO

June 30, 2008

Ebook Teknik SEOSebelum anda memulakan langkah untuk mempelajari Teknik SEO sebaiknya anda mengetahui apa itu SEO? Terdapat banyak pengertian di dalam SEO ini.

SEO ialah singkatan dari Search Engine Optimization, iaitu suatu proses untuk meningkatkan jumlah pengunjung pada sebuah website dengan mendapatkan  rangking tinggi pada hasil pencarian dalam search engine seperti Google, Yahoo dan  MSN.

Oleh itu, semakin tinggi rangking website anda di search engine, semakin tinggi lah peluang untuk mendapatkan pengunjung (traffic) ke website tersebut dari search engine.

Mempelajari teknik SEO bukan lah suatu perkara yang mudah. Kebanyakan otai-otai IM juga tidak melakukan “Optimization” SEO dengan sendiri malah mengupah pakar-pakar SEO untuk melakukannya.

Kenapa? Kerana terdapat pelbagai teknik-teknik SEO yang boleh di aplikasikan dan terbukti menunjukkan hasil yang positif. Oleh itu dengan mengupah pakar adalah satu langkah yang bijak dan menjimatkan masa untuk untuk memastikan semua teknik-teknik SEO di gunakan pada laman web dan menghasilkan keuntungan yang lebih besar daripada pelawat.

Tetapi !! Jangan tergesa-gesa untuk mengupah pakar, sedangkan anda boleh melakukannya sendiri. Seorang internet marketer Malaysia saudara Norhafidz dari teknikseo.com telah menghasilkan Ebook Teknik SEO telah yang membongkar rahsia pakar-pakar SEO.

Ebook yang mempunyai 59 halaman ini adalah panduan mudah untuk anda untuk mempelajari teknik SEO seterusnya mengaplikasikan pada website anda.

Ebook SEO yang mudah difahami dan boleh membantu anda dalam bersaing untuk mendapat tempat yang terbaik di Search Engine. Ia memberi penerangan yang sangat detail dan menunjukkan langkah demi langkah bagaimana ingin memaksimakan penggunaan keyword dalam laman web.

Walaupun anda seorang newbie yang masih tidak tahu apa-apa tentang SEO saya yakin anda mampu untuk memahami ebook ini dengan baik.

Saudara Norhafidz memberi penerangan yang detail mengenai pencarian keyword, META, On Page Optimization, Off Page Optimization dan banyak lagi. Beliau juga membongkar teknik mengetahui rahsia pesaing anda kerana berada setapak dihadapan pesaing-pesaing anda boleh menyebabkan keuntungan yang berlipat ganda.

Antara kekurangn ebook ini pula ialah terdapat banyak lagi teknik-teknik SEO yang belum dibongkarkan oleh saudara Norhafidz. Mungkin beliau boleh mengupdate ebook ini dari semasa ke semasa untuk para pembeli setelah beliau membongkar teknik-teknik SEO yang lain.

Namun dengan hanya menggunakan teknik di dalam ebook ini beliau telah membuktikan blog beliau mendapat rangking 10 teratas di dalam search engine. Tahniah untuk beliau.

Untuk mendapatkan ebook ini anda boleh melayari www.teknikseo.com

Comments

Got something to say?





Bottom