Top

Kepentingan Mempelajari Asas HTML

June 24, 2008

cover01.jpgMengetahui asas HTML adalah wajib kerana HTML adalah asas penting kepada laman web.

Apakah HTML?

  • Hyper Text Markup Language
  • Ianya juga merujuk kepada bahasa pengaturcaraan untuk membangunkan web dalam komputer
  • Namun ia berbeza dengan bahasa pengaturcaraan seperti C dan Java kerana ia tidak memerlukan compiler untuk menterjemahkan kod aturcara html.
  • Sebaliknya ianya diterjemahkan oleh browser. Dengan kata lain kebolehan kod aturcara yang dihasilkan akan berkait rapat dengan kebolehan browser

Walaupun penggunaan perisian seperti NVU, Dreamweaver atau Microsoft Front Page amat popular untuk membina laman web dan html dan dikenali  sebagai WYSIWYG (What You See Is What You Get). Tetapi anda pasti mempunyai masalah dengan perisian ini jika anda tidak memahami fungsi kod HTML.

Bayangkan :

“Sebuah senapang paku memang membantu anda membina rumah dengan lebih cepat berbanding tukul besi. Tetapi jika anda tidak tahu bagaimana untuk membina rangkanya dan dimana harus paku di pasang. Rumah anda pasti akan roboh”

Begitu juga dengan web dan kod HTML. Belajarlah membina dan memahami kod HTML, pasti penggunaan perisian WYSIWYG akan menjadi lebih mudah untuk anda. Anda pasti dapat mengubahsuai, memperbaiki dan mengoptimumkan rekabentuk dan kualiti laman web anda.

Alahamdulillah, dengan adanya Panduan Asas HTML yang dihasilkan oleh Saudara Mazlie ini akan memudahkan anda memahami dan menguasai penggunaan kod-kod asas HTML dalam pembinaan sebuah website.

Panduan Asas HTML oleh saudara Mazlie.
Antara kelebihan panduan ini :

  1. Panduan asas HTML pertama berbahasa Malaysia. Anda tidak perlu lagi bersusah payah belajar di internet melalui tutorial-tutorial percuma yang sukar untuk difahami .
  2. Penerangan Saudara Mazlie di dalam ebook ini adalah amat mudah difahami dan di ikuti dengan contoh-contoh bergambar.
  3. Penerangan Step-by-step dari basic hingga anda berjaya membina satu page tanpa menggunakan WYSIWYG.
  4. Amat sesuai untuk para newbie yang baru menceburkan diri dalam bidang IT atau yang masih tidak mengetahui apa-apa tentang HTML.

Terdapat satu sahaja kekurangan yang perlu diperbaiki oleh saudara Mazlie iaitu tiada isi kandungan pada awal ebook. Isi kandungan sangat penting bagi memudahkan pembaca untuk melompat ke tajuk yang belum dikuasai dengan lebih cepat. Ia sebenarnya memudahkan pembaca.

Ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak semestinya ia memuaskan hati anda kerana stiap individu mempunyai kefahaman yang berbeza.

Dapatkan ebook Panduan Asas HTML ini segera agar anda dapat menguasai HTML sepenuhnya.

Klik di sini untuk mendapatkannya.

Comments

Got something to say?





Bottom