Kejayaan Produk Anda Melalui Survey
July 5, 2008
Pernahkah anda mengeluarkan produk sendiri sebelum ini? Adakah produk anda itu berjaya mendapat tempat di pasaran? Gagal? Mengapa?
IM - Adakah kerana produk anda tidak bagus?
A - Eh, tidak. Produk saya memang sangat bagus dan berguna..IM - Ya, memang produk anda bagus. Tetapi adakah anda memahami kehendak pengguna?
A - Saya rasa itu yang pengguna mahukan. Jika saya memang saya perlukan produk seperti ini.IM - Salah, apa yang anda rasa bukan apa yang pengguna mahukan sebenarnya.
IM - Adakah anda sudah membuat kaji selidik kehendak pengguna sebelum lancarkan produk?
A - Kaji selidik? Untuk apa kaji selidik? Diorang pun tak tahu apa-apa tentang produk ni.IM - Anda silap. Bukan kaji selidik untuk mengetahui apa yang mereka tahu. Tetapi, kaji selidik apa yang di kehendaki mereka.
A - Mungkin saya salah strategi.
Apakah yang anda fahami tentang perbualan di atas? Ya, kaji selidik produk anda.
Di dalam menentukan produk apa yang perlu dijual, kita perlu melihat apa yang orang ramai mahukan. Sebaliknya, bukan apa yang kita mahu jual.
Dengan mengetahui apa yang bakal pembeli mahukan, barulah kita tahu produk apa yang perlu dijual atau yang boleh dihasilkan.
Dengan itu, barulah kos dan masa yang digunakan tidak sia-sia begitu sahaja kerana apa yang kita hasilkan adalah apa yang orang ramai mahukan.
Salah satu caranya ialah dengan menggunakan Sistem Kaji Selidik. Atau dalam English ia dipanggil sebagai Survey System. Kaji selidik ini bukanlah apa yang anda bayangkan atau apa yang anda fahami selama ini. Ia hanya satu proses yang amat mudah sahaja.
Selain menggunakan Sistem Survey, anda juga boleh gunakan forum dengan bertanya soalan yang berkaitan. Atau anda boleh bertanyakan kepada pembaca blog anda. Atau, anda boleh bertanya kepada subscribers LIST anda. Jika anda mempunyai modal, anda boleh menggunakan sistem-sistem yang ada dijual di Internet, TETAPI kadar bayarannya boleh tahan mahalnya.
Nampak terlalu sukar? Atau teknik tersebut seperti tidak terurus dan efisyen?
Usah gusar… Kerana mulai hari ini anda sudah mampu untuk melakukan kaji selidik dalam masa beberapa minit sahaja. Dengan syarat, anda sudah ada soalan yang ingin ditanyakan kepada bakal pembeli atau target market anda dan ada sedikit asas komputer dan Internet.
Alhamdulillah, saudara Smartzul yang tidak asing lagi dalam dunia perniagaan Internet di malaysia ini telah melancarkan Sistem kaji Selidik EZSurvey. Apa yang anda perlukan hanyalah hosting (yang support PHP) dan nama domain sahaja. Sistem ini sama sekali tidak menggunakan database.
Sistem ini amat mudah dan efisyen untuk digunakan.
- Tentukan soalan yang ingin ditanya, lakukan konfigurasi, upload dan siap! Semudah A B C!
- Sistem ini adalah yang termurah di pasaran.
- Sistem ini yang pertama di pasaran Malaysia. Khas untuk bidang perniagaan Internet.
- Hanya perlukan sedikit kemahiran teknikal.
- Panduan penggunaan diberikan. Jadi usah risau!
- Tidak perlu tahu guna perisian laman web.
Mengapakah saya mengatakan produk ini sangat berguna?
- Anda perlu melakukan kaji selidik untuk mengetahui adakah produk yang bakal anda hasilkan nanti betul-betul ada orang yang akan membeli.
- Kaji selidik akan menentukan anda perlu atau tidak meneruskan projek yang dirancang.
- Mengelakkan kerugian besar (masa dan kos) akibat melakukan sesuatu yang tidak menguntungkan.
- Dengan melakukan kaji selidik, anda akan tahu projek yang perlu diutamakan (sudah pasti yang bagi keuntungan).
- Melakukan kaji selidik bermakna anda seorang usahawan yang bijak, iaitu tidak membazirkan masa dan kos dengan menjual produk yang tidak menguntungkan.
- Memantapkan lagi usaha kaji selidik pasaran di samping melakukan teknik kajian yang lain. Sudah pasti keputusan kajian akan lebih menghampiri ketepatan.
Dapatkan Sistem kaji Selidik EZ Survey di sini atau klik pada gambar di atas.








… betul tu, dulu sayapun jual barang tak ikut permintaan pengguna. Sekarang, saya dah mula mempraktikkan tips dan panduan yang otai2 berikan. Maklumlah saya ni newbie lagi. Alhamdulillah, online biz saya makin berkembang dan makin banyak ilmu2 / trick yang saya praktikkan.
Memang menarik produk ini.Daripada testimonial, ianya pasti sekali lagi dapat sambutan.Dan jika kita perhatikan ianya datang drp pandangan a circle of internet marketeer in malaysia.Satu phenomena yg sedang dimonopoli oleh golongan ini.
Golongan inilah yg saling “membantu sesama lingkungan mereka”.Hari ini smartzul perkenalkan produk baru,maka Jebat yg memberi testimonial, bila jebat keluar produk baru, smartzul pula yang memberi komen membina.Begitu juga Lebanon dgn produk Rahsia 10k, maka zamri nanyan turut dipanggil untuk memperkatakan sesuatu.Yang pasti golongan ini mendapat hasil kerana masing-masing ada mailing list lalu dicanangkan bhw internet business sesuatu yg menguntungkan kerana jika kami boleh buat, mengapa anda tak boleh ? .
Produk yang baru dilancarkan telah pun mendapat testimonial yg baik ? Bak kata Karam singh dah kenyang sebelum makan
Walaubagaimanapun ,teruskan dgn usaha anda kerana anda telah mewujudkan internet marketeer lain hanya menunggu masa untuk mewujudkan pula satu lagi circle.
menarik juge sistem ini….boleh juge mencube…ke guane?
produk ni agak menarik menarik juga. walaupun dah mula terjebak dengan perniagaan internet ni hampir 5 bulan, rasanya ebook nie harus saya miliki untuk tingkatkan lagi produk yang dicari-cari pengguna.
http://gempurvirus.com