Anda Adalah Apa Yang Anda Fikirkan
July 10, 2008
Bagaimanakah minda anda ketika ini? Adakah minda anda tidak berfungsi? Andakah minda anda tidak hebat? Pastinya mina anda sangat baik ketika ini. Jika tidak kerana minda anda, pasti anda tidak dapt membaca artikel ini dan melawat website ini.
Tetapi apakah ukuran bagi minda anda? Adakah minda diukur dengan kelulusan atau segulung ijazah? Kita di anugerahkan otak yang sama bagi setiap manusia. Tetapi mengapakah masih ada yang miskin dan ada yang kaya?
Anda tidak berjaya bukan kerana minda anda tidak hebat, tidak bagus atauĀ lembab, tetapi kerana anda tidak mengenali permasalahan di dalam minda anda. Jadi, bagaimanakah untuk mengenali minda anda?
Tahniah, anda sangat beruntung kerana hari ini anda berpeluang mengenali sebahagian minda anda kerana Puan Arina Abas iaitu seorang penceramah bebas yang telah melibatkan diri dalam bidang metafizik selama 15 tahun membongkor sebahagian asas kenali minda di dalam laporan ringkas “Anda Adalah Apa Yang Anda Fikirkan” dengan kerjasama Team Flarebiz.
LaporanĀ 37 muka surat ini yang menekankan 2 bab utama iaitu “Bolehkah Self-Improvement Programme Membantu” dan “Minda Kita Hebat” yang memberikan peluang kepada anda mengenali diri dan mida anda.
Dalam bab pertama, membincangkan serba sedikit tentang masalah yang selama ini membelenggu diri kita. Beliau menghuraikan punca permasalahan yang sebenar di dalam diri kita dan cara kita menyelesaikan masalah tersebut.Huraian yang diberikan adalah sangat terperinci untuk kita mula mengenali diri kita.
Di dalam bab “Minda Kita Hebat” pula Puan Arina Abas berkonsi serba sedikit panduan dan pengalaman hasil daripada mempelajari ilmu ini. Di dalam laporan ini menekankan betapa pentingnya keyakinan di dalam diri kita. Walaupon anda tidak mempunyai segulung ijazah, tetapi dengan evolusi minda anda tidak terkecuali untuk berjaya.
Apa yang saya dapat simpulkan di dalam kedua-dua bab di dalam laporan ini ialah betapa pentingnya kita menguasai minda kita dan memberi keyakinan kepada kita bahawa dengan evolusi minda, kita mampu mengatasi segala masalah di dalam diri kita seterusnya berjaya mengecapi segala yang kita impikan.
Anda Adalah Apa Yang Anda Fikirkan dapatkan laporan percuma ini di www.evolusiminda.com








Comments
Got something to say?