Top

Lihat Tapi Tak Nampak : Tazilan Ibrahim

April 15, 2008

Ironinya masih ramai yang berhadapan dengan dilema dan beranggapan amat sukar mendapatkan idea bisnes yang baik.
Seakan menjadi sebuah misteri… di mana dan bagaimanakah caranya untuk mendapatkan idea bisnes ini? Bahkan seseorang pernah menyatakan kepada saya bahawa puas sudah dia memerah otak dan akal fikirannya untuk mendapatkan idea bisnes yang sesuai untuk dirinya, namun usahanya itu menemui jalan buntu. Ilham yang ditunggu-tunggu tetap tak kunjung tiba bagaikan menanti buah yang tak gugur-gugur. Adakah anda juga begitu? Namun hakikat sebenarnya, ianya tidaklah sesukar seperti yang disangkakan kerana sesungguhnya terdapat banyak idea bisnes ada di persekitaran kita! Cuma kita sahaja yang tak nampak.

Memang benar… sebenarnya idea atau peluang bisnes terbentang luas di hadapan mata kita tetapi kebanyakan daripada kita tidak sedar atau tidak pernah melatih diri bagaimana untuk melihat peluang tersebut. Dalam erti kata lain… kita hanya melihat tetapi tak nampak! Betapa ruginya jika kita mempersiakan anugerah yang dikurniakan tuhan kepada kita. Mata bukan sekadar untuk melihat tetapi juga membolehkan kita nampak sesuatu di sebalik sesuatu, jika
kita mahu.

Bagaimanakah caranya? Dengan teknik mudah, cubalah kenalpasti sejenis bisnes yang menarik minat anda. Kita ambil contoh mudah, katakanlah anda berminat menjalankan bisnes gerai burger. Pertama sekali, buatlah pemerhatian dan kajian bagaimana sebuah gerai burger beroperasi setiap hari. Perhatikan rupa, rekabentuk dan hiasan gerai, cara penyediaan burger, layanan pelanggan dan sebagainya. Yang penting, pastikan anda melihat dan memerhatikan segalanya.
Langkah kedua, selepas pemerhatian anda tadi, fikirkan sekurang-kurangnya 10 perkara atau cara untuk mencipta pembaharuan, inovasi atau penambahbaikan ke atas bisnes tersebut. Latih minda anda untuk mengenalpasti seberapa banyak idea baru untuk menjadikan bisnes gerai burger anda itu nanti lebih baik, lebih inovatif dan lebih berdaya maju! Sekarang, anda sudahpun miliki idea bisnes ada sendiri.

Teknik ini juga boleh digunakan ke atas apa jua jenis bisnes, termasuklah bisnes di internet. Anda tetap boleh bersaing walaupun sesuatu niche itu telah disertai oleh ramai usahawan internet lain, asalkan anda memperkenalkan pembaharuan, kelainan, keunikan dan lain dari yang lain!

Kata akhir saya, setiap kali anda melihat sesuatu… pastikan anda bukan sahaja melihat, tetapi anda juga nampak!

Comments

One Response to “Lihat Tapi Tak Nampak : Tazilan Ibrahim”

  1. Jutawan Pasar Malam on May 13th, 2008 8:09 am

    Salam…..

    Terdapat banyak niche yang boleh dibuat pilihan dan perkataan pertama mesti keluar dari mulut anda adalah…. aku mesti mencuba dan mulakannya dari sekarang , jangan banyak merancang tapi terus bertindak… cari perniagaan yang anda mampu buat dan bukannya perniagaan yang anda tengok mampu dapat duit banyak dan bermulalah dari bawah dengan melonjakkan naik perlahan-lahan……?

    Ebook the silent pasar malam billionaire banyak mendedahkan bagaimana anda boleh memilih niche terbaik untuk idea bisnes anda….

Got something to say?





Bottom