Top

Kuasa Minda Adalah KARUT! : SmartZul

April 15, 2008

Di dalam usaha perniagaan Internet, biasanya akan timbul persoalan “bagaimanakah untuk mendapatkan motivasi?”. Soalan ini biasanya akan dipersoalkan apabila mereka menghadapi masalah atau hilang semangat untuk meneruskan usaha perniagaan.

Sebenarnya, persoalan ini pasti akan kurang dipersoalkan jikalau mereka memulakan usaha perniagaan Internet mereka dengan betul dan penuh dengan perancangan.

Kebanyakan daripada kita hanya mencari motivasi semata-mata tatkala kita dirundung masalah, mengalami kerugian di dalam perniagaan, ‘diserang’ oleh individu yang tidak dikenali atau hilang arah dan semangat. Apabila masalah itu telah pergi dan selesai, maka kita kembali leka dan apabila didatangi lagi dengan masalah, maka pencarian motivasi kembali dilakukan.

Namun, berapa ramaikah di antara kita yang sudah bersiap sedia dari awal agar motivasi terus kekal cemerlang dan tidak mudah kalah kepada ujian dan rintangan yang mendatang? Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan motivasi di peringkat awal ini dan agar ia terus kekal?

Kuasa Minda?

Kita sering mendengar panduan motivasi seperti berfikiran positif, kuasa minda, berani gagal, jangan takut dengan masalah dan lain-lain lagi. Ya, semua ini betul, tetapi adakah hanya itu sahaja teknik motivasi yang perlu dilakukan? Bagi saya, semua ini akan menjadi KARUT, GAGAL dan TIDAK MENJADI jika aspek atau unsur yang lain tidak diambil kira.

Faktor Luaran

Untuk terus bermotivasi di dalam perniagaan Internet, anda perlu mempunyai perancangan, pernyataan matlamat, tindakan yang betul dan pengurusan masa yang baik.

Aspek-aspek ini akan memastikan anda terus bermotivasi kerana dengan adanya perancangan, anda akan melakukan usaha perniagaan dengan penuh gembira, bersemangat, teratur, seronok dan lancar.

Bayangkan, jika anda tidak merancang dengan baik, sudah semestinya anda tidak tahu untuk melakukan apa yang perlu bukan? Akibatnya, anda akan hilang arah tujuan dan akhirnya anda tidak melakukan kerja yang sepatutnya. Kesannya, anda tidak mendapat hasil yang sepatutnya, perniagaan jatuh merudum dan akhirnya motivasi anda akan hilang begitu sahaja.

Jelas, motivasi bukan hanya berkaitan dengan minda atau berfikiran positif semata-mata. Ia adalah karut jika anda tidak melakukan persediaan luaran yang lain seperti mana yang dinyatakan di atas. Pendek katanya, motivasi diri bergantung kepada dua sumber iaitu motivasi dalaman (internal motivation) dan juga motivasi luaran (external motivation) seperti perancangan perniagaan, penetapan matlamat dan pengurusan masa.

Sebab itulah jika anda melihat mereka yang tahu bermacam-macam perkara seperti motivasi kuasa minda atau seumpama dengannya tidak berjaya di dalam perniagaan kerana mereka tidak mengutamakan unsur motivasi yang lain tadi.

Mulakan Dengan Betul

Kesimpulannya di sini ialah, pastikan anda memulakan perniagaan Internet dengan BETUL seperti melakukan perancangan perniagaan, ada matlamat, pengurusan masa yang baik dan lain-lain aspek.

Dengan gabungan daya fikir yang positif, penggunaan minda yang optimum dan kepercayaan diri yang tinggi, anda akan pasti memiliki kuasa motivasi yang berterusan yang mana ia akan menjadi bahan bakar dan momentum kepada usaha perniagaan anda.

Ya, kuasa minda bukan lagi karut jika anda selarikannya bersama dengan tindakan dan perancangan yang tersusun rapi. Minda adalah anugerah Ilahi, tetapi ia tidak lagi berguna jika apa yang ada di dalamnya tidak sama dengan perancangan, sikap dan tindakan anda.

Kuasa minda bukanlah kuasa ajaib, tetapi ia adalah satu kelebihan yang ada pada manusia untuk menetapkankan hala tuju diri sama ada untuk berjaya atau tidak. Apabila ia bukan kuasa ajaib, maka sudah pasti ia memerlukan daya gerak yang lain seperti yang dinyatakan di atas.

Bayangkan, jika apa yang ada di dalam minda digabungkan dengan sikap dan tindakan yang bagus, apakah hasilnya? Sudah pasti kejayaan yang melimpah-ruah. Pastikan apa yang ada di dalam minda (fikiran) anda dimanifestasikan dengan tindakan yang betul. Jika unsur dalaman (minda) dan unsur luaran saling bertentangan, maka itulah puncanya anda susah untuk berjaya.

Mengenai Penulis Artikel

Mohd Zulfadli atau dikenali sebagai SmartZul adalah usahawan Internet sepenuh masa dan juga merupakan seorang penulis blog yang aktif dan prolifik. Anda boleh melawati blog beliau untuk mendapatkan tip dan panduan perniagaan Internet secara percuma di http://blog.smartusaha.com.

Comments

4 Responses to “Kuasa Minda Adalah KARUT! : SmartZul”

  1. Jutawan Pasar Malam on May 13th, 2008 8:05 am

    Salam!!

    Yer ramai yang tidak mampu melawan sesuatu yang timbul dengan pelbagai masalah setelah memulakan sesuatu perniagaan samada online atau offline dan cabaran utama adalah faktor kerugian.

    Saya telah banyak menekan faktor modal dalam ebook saya dan bagaimana untuk minimumkan kerugian dalam perniagaan. Kerugian sebenarnya adalah perkara biasa dalam alam perniagaan…. so diharap anda akan bersedia menghadapinya..

    The Silent Pasar Malam Billionaire

  2. John Atlas on May 27th, 2008 6:42 pm

    Penulis ni yang karut dan tak tahu ape mind power yang sebenarnya.

  3. Ideaextreme on June 3rd, 2008 8:02 am

    Jangan kata begitu, John… Bagi ulasan sikit. Bagi saya benar atau tidak ia perlu kepada penjelasan kukuh dan sebarang ungkapan mesti ada sebab munasababnya…

  4. whazzup on August 15th, 2008 4:26 am

    apalah john. pendapat org x semuanya betul. kalau betul semua org masuk syurga. dah tu siapa pulak nak masuk neraka. pro dan kontra itu biasa. cuma jgn pulak nak melebih2. terima lah pendapat org seadanya spt anda ingin pendapat anda di terima org seadanya….chowwww.

Got something to say?





Bottom