Pencarian Krew Majalah IM
April 17, 2008
![]()
Kami kini sedang mencari beberapa orang untuk membantu kami mengemaskini portal Majalah IM.
Bina Blog Anda Sekarang
April 17, 2008
Isu mengenai blog dan blogger kini menjadi satu isu perdana dimana media elektronik sibuk membahaskan isu ini. Jadi agak rugi jika anda tidak memiliki blog anda sekarang kerana menggunakan blog anda boleh berkongsi pendapat dan pengalaman anda. Jika anda sudah lama menggunakan Internet, sudah tentu anda sudah biasa melihat domain-domain seperti di dalam list diatas bukan? Ya, memiliki blog dengan domain nama sendiri sudah menjadi satu trend blogger pada masa kini.

Tidak kisah siapa diri anda, walaupun seorang tukang masak, penulis buku, peguam, ustaz, guru, pemandu teksi, ahli perniagaan, CEO, usahawan Internet, pelajar, pesara, doktor, petani atau sesiapa sahaja, blog merupakan satu medium penyampaian maklumat yang amat berkesan.
Ia dapat menambah kenalan, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan yang pasti, ia adalah satu teknologi di Internet yang begitu ampuh sekali untuk digunakan bagi pelbagai tujuan dan matlamat. Maka, anda perlu memiliki sebuah blog sendiri.Dengan hanya menulis, segenap lapisan masyarakat seluruh dunia akan membaca dan tahu apa yang anda tulis tersebut atau mengenali diri anda! Jika anda seorang usahawan, sudah pasti produk atau servis anda akan diketahui akan kewujudannya olh ramai orang!
Kini dengan panduan Pakej Kit Blogger… anda mampu untuk memiliki blog anda dalam masa hanya beberapa minit sahaja dan anda juga mampu untuk mendapat wang melalui blog anda. Dapatkanya di sini.
ClickBank Untuk Malaysia
April 17, 2008
Kini ClickBank telah membuka kembali peluang kepada rakyat Malaysia untuk mendaftar akaun ClickBank setelah Malaysia 4 tahun diban oleh pihak mereka. Bagi mereka yang masih mengetahui apakah itu ClickBank…
“Clickbank.com adalah merupakan sebuah laman web yang menyediakan sistem pemasaran affiliate bagi penjualan produk-produk digital yang terbesar di dunia.”
atau.. bahasa mudahnya…
“Clickbank adalah lubuk emas untuk membuat duit di internet!”

Jadi tunggu apa lagi kerana ini merupakan satu berita yang cukup mengembirakan bagi kita rakyat Malaysia kerana satu lagi cabang untuk buat duit di Internet terbuka luas kepada anda. Kini tiada alasan untuk anda tidak menjana pendapatan daripada ClickBank.
Rahsia PPC Percuma
April 15, 2008
Program Pay Per Click(PPC) merupakan salah satu cara yang cukup popular dan berkesan untuk mengiklankan apa jua produk anda. Terdapat banyak Program PPC yang terdapat di dunia ini namun yang lebih menonjol ialah Google AdWords, Yahoo Search Marketing, Microsoft Centre dan sebagainya. Namun kini timbul masalah bagaimana untuk menggunakan semua program ini.

Di atas permasalahan berikut maka saudara Naim telah menerbitkan satu ebook yang bertajuk “Rahsia PPC Percuma” yang menerangkan secara detail bagaimana ingin menggunakan beberapa Program PPC yang sebenarnya mengambil masa yang agak lama untuk menguasainya. Kini hanya dalam masa sehari sahaja anda mampu mahir menggunakan program-program berikut dan sudah mampu memaksimakan penggunaanya untuk memasarkan produk anda.
Dengan beberapa kaedah yang beliau kongsikan di dalam Panduan PPC Percuma, anda mampu mendapat ‘modal’ percuma untuk pengiklanan Adwords. Saya rasa cukup berbaloi untuk anda memiliki ebook ini kerana ebook ini bukanlah dibuat secara main-main malah saya difahamkan saudara Naim telah membuat pelbagai kajian, percubaan dan sebagainya sebelum menerbitkan ebook ini.
Jika anda berminat bolehlah mendapatkan ebook ini di sini.
Sistem Kedai Online
April 15, 2008
Jika selama ini anda tercari-cari panduan membuat kedai online dengan harga yang murah maka hari ini ada penyelesaianya. Ebook Panduan Sistem Kedai Online(SKO) ini dicipta oleh Team SaifulSham supaya anda dapat membina kedai online anda sendiri tanpa perlu menghabiskan atau mengeluarkan wang yang banyak disamping dapat menjimatkan masa.

Apakah kedai online?
Sebenarnya kedai online adalah laman web khusus untuk Ecommerce dan selalunya digunakan untuk menjual produk-produk fizikal seperti bunga, baju dan alat permainan. Terma kedai online selalu disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang menjanjikan seribu satu peluang keemasan dan menyediakan segala-galanya untuk anda, jika anda membayar mereka sejumlah amaun. Saya rasa anda pasti tahu kan, jika apa yang mereka katakan itu benar, sudah pasti semua orang Malaysia ini jadi jutawan internet.
Produk SKO ini saya amat sarankan kepada anda semua memilikinya kerana ia memberi penerangan yang sangat-sangat jelas mengenai panduan membina kedai online. Kewibawaan Team SaifulSham tidak dapat dinafikan lagi apabila langkah-langkah yang disampaikan dalam ebook ini amat mudah diikuti dengan kehadiran banyak gambar yang lebih membantu. Selain aspek teknikal, mereka juga ada sentuh tentang Pembekalan Produk, Penghantaran dan sebagainya. Ada dalam versi video dan juga slide presentation. Memang best dan complete.
Cakap banyak pun takde gunanya… dapatkan segera produk ini di sini.
Seminar Pendapatan Internet
April 15, 2008
Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia dimana 5 orang usahawan Internet yang telah berjaya bersetuju untuk membanting tulang dan bekerjasama bagi menjayakan seminar yang dinamakan sebagai JomSeminar. Pendapatan bulanan bagi mereka semua ini ialah 6 angka dan kita boleh tafsirkan bahawa setiap daripada mereka berpendapatan 5 angka sebulan.
Kisah kejayaan mereka menjana pendapatan di Internet juga telah diwara-warakan di dada-dada akhbar tempatan seperti News Streets Times, Kosmo! dan sebagainya. Tetapi dalam artikel yang dimuatkan dalam akhbar-akhbar tersebut tidak pernah pun mendedahkan cara sebenar mereka membuat wang melalui Internet. Apa yang didedahkan hanyalah jumlah pendapatan mereka dan dari manakah sumber pendapata tersebut.
Namun kita semua sekali lagi bernasib baik apabila mereka semua bersepakat untuk mendedahkan rahsia tersebut pada seminar ini. Mereka akan menerangkan secara detail bagaimana mereka membuat wang melalui Internet mengikut kepakaran bidang masing-masing. Kiranya anda akan mengetahui 5 cara untuk membuat wang di Internet mengikut niche yang tersendiri.
Kepada anda yang ingin menyertai JomSeminar sila klik di sini. Jangan berlengah atau bertangguh lagi kerana anda juga yang akan rugi!
Temubual Bersama Shuth
April 15, 2008
1) Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual oleh pihak kami. Pertamanya boleh bro Shuth ceritakan secara ringkas latar belakang bro.
Salam.. latar belakang ya? Hmm.. dari mana nak mula ya?.. nama saya mohd suhaimy abu bakar.. kat internet lebih dikenali sebagai shuth dan berumur 27 tahun setengah. Berasal dari Muar, Johor dan kini menetap di selangor .. iaitu di sempadan antara bandar baru bangi & kajang.
Pernah menuntut di UKM dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dalam bidang pengkhususan Sains Maklumat. Buat masa ini, baru memiliki seorang isteri dan 2 orang anak.. oh!
2) Bagaimanakah bro Shuth boleh terlibat dengan perniagaan Internet?
Pada mulanya, saya hanya cuba-cuba mencari duit di internet dengan menyertai program Google Adsense… selepas 3 bulan.. tak sangka pula.. cek dari google betul2 sampai ke rumah . Start dari situ saya semakin mula bersemangat untuk cari duit di internet. jadi.. saya lebih banyak fokus kepada program google adsense pada waktu itu.
Namun begitu.. lama-kelamaan saya terfikir.. apa akan berlaku jika google menutup program adsense nya?.. Maklumlah, pada masa tu banyak program buat duit d internet jadi scam dan ditutup seperti autosurf, hyip, randomizer dan sebagainya..
Walaupun google adsense bukanlah program scam tapi kemungkinan untuk ditutup itu tetap ada.. dan jika ia ditutup , habislah “punca” pendapatan saya di internet. Saya tidak akan mampu berbuat apa2.. sebabnya.. google adsense bukanlah milik saya! saya hanya menjadi player mereka sahaja.
Jadi.. nak tak nak, saya kena ada perniagaan internet saya sendiri dimana saya mempunyai “kuasa” dan kawalan sepenuhnya terhadapnya. Saya yang akan menentukan sendiri jatuh bangun serta buka atau tutupnya “punca” pendapatan saya..
Dipendekkan cerita.. wujudlah sempoihosting dan bermulalah kisah saya di dalam dunia perniagaan internet.
3) Baiklah bro Shuth sebenarnya mempunyai berapa buah perniagaan Internet? Ada sebarang perniagaan offline?
Buat masa ini.. kalau yang betul-betul dipanggil “perniagaan internet”.. baru ada 3.. sempoihosting.com, maskahwin.com & setbersalin.com
4) Saya tahu bro Shuth masih bekerja secara offline..Persoalanya mengapakah bro Shuth tidak berminat melakukan perniagaan Internet sepenuh masa?
Eh? Siapa kata saya tidak berminat untuk melakukan perniagaan internet sepenuh masa?.. Minat & cita-cita tu ada.. cuma belum sampai masanya lagi.. masih ada lagi beberapa “target” yang perlu saya capai sebelum saya beralih kepada “perniagaan internet sepenuh masa”.
5) Berapakah pendapatan tertinggi bro Shuth sebulan yang pernah dicapai? Ini agar memberi motivasi kepada para pembaca.
Oo.. hmm.. entahlah.. saya tak pernah pula kira berapa income yang saya dapat setiap bulan secara tepat.. sebab duit yang masuk tu bersepah-sepah.. oh!, but.. seriously, saya tak pernah kira dan rekodkan jumlah wang yang saya terima setiap hari.. ada yang masuk ke akaun maybank saya, ada yang masuk ke akaun cimb, bank islam, paypal, akaun nbepay (payment provider), wang pos dan ada juga kadang-kadang check.. setiap bayaran yang saya terima, memang saya ada track bayaran itu untuk apa.. tapi kalau nak mengira berapa jumlah wang yang saya terima setiap hari @ setiap bulan.. saya memang takde masa nak buat benda tu.
Apa yang lebih penting bagi saya..bukanlah berapa wang yang saya “DAPAT” setiap bulan.. tetapi.. berapa yang dapat saya “SIMPAN” setiap bulan. So.. kalau tanya berapa yang saya simpan setiap bulan.. yang itu saya ada rekod.. tetapi, kalau tanya berapa yang saya dapat setiap bulan.. memang saya takde rekod untuk itu..
6) Ketika bro Shuth mula bergiat dalam bidang perniagaan Internet… niche apakah yang diceburi?
Memandangkan biz internet saya yang pertama ialah sempoihosting.. maka nichenya ialah “Webhosting” lah kan?
7) Pada pendapat bro Shuth kenapa pembaca diluar sana perlu memulakan perniagaan Internet?
Eh? kenapa pula mereka perlu memulakan perniagaan internet? kalau bagi mereka semuanya sudah ok.. makan ok! pakai ok! kerja pun ok! buat apa susah-susah nak berniaga di internet?..betul tak? kerja macam biasa je cukupla.. betul tak?.. ho! ho! ho!.. psycho nie..
Ok la.. ok la.. Sebenarnya…. perkara ini terpulang kepada individu.. kalau mereka rasa mereka mempunyai sebab dan alasan yang kuat untuk menjalankan perniagaan internet.. so.. mereka kena buat lah..
Tetapi, kalau mereka rasa mereka tidak ada sebab atau keperluan untuk memulakannya.. mengapa mereka perlu buat?
jadi.. benda nie kena tanya diri sendiri.. mengapa saya perlu memulakan perniagaan internet saya sendiri?.. setiap orang mempunyai sebab mereka yang tersendiri..
Apakah nasihat yang bro Shuth boleh berikan kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan Internet ini?
Iqra!.. itu perkataan pertama yang Allah turunkan kepada Nabi muhammad.. membawa maksud.. sebelum anda memulakan apa-apa pun “misi” di dalam hidup anda.. baca & tuntutlah ilmu terlebih dahulu. Begitu juga jika kita ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan internet.. kenalah timba ilmu terlebih dahulu.
9) Salah satu perniagaan bro Shuth secara online yang nampak terus berkembang ialah “Sempoi Hosting”… apakah cabaran utama ketika mula melancarkan perniagaan hosting ini?
Cabaran utamanya bukanlah sewaktu “MEMULAKAN” perniagaan tersebut… cabaran utamanya adalah “SELEPAS” menjalankan perniagaan tersebut, iaitu.. “bagaimana hendak mengekalkan & memajukannya?”… itulah cabaran utamanya.
10) WangCyber.com merupakan salah satu forum yang tidak asing lagi buat usahawan Internet Malaysia berkongsi pendapat… apakah perancangan terkini terus memajukan forum ini?
Perancangan terkini?.. saya kini sedang merancang untuk meningkatkan lagi “brand” serta rangking wangcyber untuk menjadi salah satu website top 100 di malaysia..
11) Saya sendiri menyertai WC300 yang hanya terhad untuk 300 orang forumer di WangCyber.com, namun apakah matlamatnya? Adakah wajar para pembaca Majalah IM sertai WC300 ini?
Selain mendapat hak ekslusif serta kelebihan-kelebihan yang telah dinyatakan di website wangcyber, WC300 juga sebenarnya adalah bertujuan untuk mewujudkan golongan IM yang serius yang mampu menjadi “trend-leader” dan juga “standard-setter” di dalam bidang perniagaan internet di Malaysia.
12) Seperti yang diketahui umum.. market di Internet ini adalah sangat luas. Apakah target market bro Shuth? dan kenapa bro pilih target market tersebut?
Saya tak ada pilih target market tertentu.. saya ikut projek. Ada sesetengah projek, saya perlu cari target market dulu baru cari produk.. ada sesetengah project, saya perlu cari produk dulu & kemudiannya baru cari market.
Bila masa nak cari market dulu dan bila masa nak cari produk dulu? Tips ini saya ada sharekan bersama ahli2 WC300.
Kalau nak tahu.. mungkin leh jadi ahli WC300
13) Apakah perancangan bro pada masa akan datang?
Perancangan masa depan ada banyak.. tapi salah satu perancangan saya yang terdekat ini ialah menukarkan status syarikat saya dari enterprise kepada sdn. bhd… insyaallah..
14) Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk Majalah IM… apakah pesanan terakhir bro Shuth kepada para pembaca
Dalam hidup ini, banyak perkara yang perlu kita lakukan.. tetapi.. perkara yang lebih penting untuk dilakukan ialah.. mengejar impian hidup kita. Jadi.. jangan sesekali membiarkan hari ini berlalu tanpa anda melakukan sesuatu untuk mencapai impian hidup anda..
Temubual Bersama Gobala Krishnan
April 15, 2008
1) Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk diinterview oleh pihak Flarebiz. Pertamanya boleh bro Gobala menceritakan sedikit latar belakang bro.
Baiklah…Saya tak nak cerita panjang-panjang, secara ringkas sahaja. Saya belajar Business Managment and Marketing di MMU dan setelah gradute saya berkerja di Telekom Malaysia lebih kurang 3 setengah tahun. Tapi sejarah saya dalam perniagaan internet ini sebenarnya bermula sejak saya belajar lagi iaitu masa saya mula belajar bagaimana nak buat website pada satu samesta di MMU. Selepas itu, saya belajar sendiri bagaimana nak buat website dan saya berjaya menghasilkan satu website tentang gitar elektrik dan musik.
Lebih kurang 6 bulan selepas buat website tu, saya terserempak dengan satu website tentang bagaimana membuat money online dan saya amat tertarik dengan idea tersebut. Lepas 6 bulan mencuba tapi hasilnya tetap gagal. Pada bulan kelapan, akhirnya saya berjaya juga buat sedikit duit dari internet iaitu cheque bernilai $43 dollar atau lebih kurang RM 140. Dari situ minat mula timbul tapi selepas mula berkerja saya tak banyak masa untuk mencuba benda-benda lain dalam perniagaan internet selain buat kerja kat office.
Saya terperangkap dan takde masa nak buat perniagaan internet ketika tu. Saya sebenarnya tidak percaya perniagaan internet boleh buat duit yang banyak masa itu walaupun saya boleh mendapat lebih kurang RM 800 sebulan. Tapi saya nak jadi jutawan. Lepas tu saya cuba improve dari RM 800 jadi RM 8000 dan lebih kurang setahun mencuba tapi hasilnya tetap gagal…=___=”.
3 tahun lepas tu saya bercadang untuk membuat perniagaan internet secara serius dan professional. Masa tu saya mengambil risiko yang tinggi iaitu saya letak jawatan dalam company Telekom Malaysia dan memulakan kembali perniagaan internet bermula dari zero. Pada 5 bulan pertama memang susah tapi boleh survive la. Selepas tu saya keluarkan sebuah ebook bertajuk “Chapter M” berkenaan penyesaian masalah Paypal dan Clickbank di Malaysia. Daripada ebook itu saya mendapat income lebih dari RM 10,000 dalam masa sebulan.
Dari situ saya mula percaya balik yang perniagaan internet ini bukan sahaja boleh buat poket money, nak buat duit part time atau duit sampingan malah boleh dijadikan business untuk menjadi kaya. Lepas tu saya mula melancarkan produk-produk lain seperti sebuah lagi ebook Wordpress Essential System, membina mailing list sendiri dan mencuba program affiliate. Saya mempromosikan ebook, bergiat dalam affiliate sehinggalah sekarang.
2) Siapakah sebenarnya yang menjadi idola bro dalam perniagaan internet ini?
Saya sebenarnya tiada idola yang saya tiru bulat-bulat, tapi saya ada beberapa orang guru yang saya belajar dari mereka cara membuat merketing, website, membentuk produk dan banyak lagi. Tapi saya masih ingat lagi sebab utama kenapa saya cuba membuat perniagaan internet ini secara fultime, iaitu kerana saya terserempak dengan website seorang internet marketer Malaysia iaitu Partick Chan pada Desember 2004.
Dalam website versi ingeris itu ada mengatakan yang “Rakyat Malaysia yang tidak pernah pergi koleg atau universiti boleh menghasilkan pendapatan lebih lima angka sebulan dari internet sambil berada di rumah dan menonton tv”. Dari situ saya percaya yang kita sebagai rakyat Malaysia pun ada peluang yang sama.
Jika seseorang boleh buat, saya rasa saya pun pun boleh buat dan saya memang terpengaruh dengan Patrick Chan masa itu sehingga membeli DVD kursusnya yang berharga lebih kurang RM600. Dari situ saya paksa diri saya untuk belajar semula benda-benda ini, internet marketing, yelah kadang-kadang kita ingat kita dah pandai. Cth. saya boleh buat RM 800 tapi time nak up buat RM 8000 tak jadi-jadi.. =__=”. Masa itukan saya ingat saya sudah “pandai” sebab tu nak buat RM 8000 tak jadi-jadi :p.
3) Apa yang istimewanya tentang perniagaan internet ini sehingga bro sanggup berhenti kerja?
Kalau nak jadi kaya memang banyak cara. Buka syarikat yang buat tar jalan pun boleh jadi millionaire atau kaya. Tapi apa yang saya suka pasal perniagaan internet;
1.Kebebasan untuk berkerja dimana-mana je. Asalkan ada internet connection dan dan komputer dah boleh jalan. Tak kira di rumah, di pejabat, dekat starbuck dan dimana-mana je.
2.Tak terhad waktu berkerja setiap hari. Saya boleh berkerja 3 hari dan 3 hari lagi cuti, tak terkongkong. Perniagaan internet dengan menggunakan software dan sebagainya banyak memberi kebebasan kepada saya sebenarnya, dengan kata lain perniagaan internet ini boleh berfungsi secara automatic.
Kebebasan inilah yang saya tertarik pada mulanya sehingga saya membuat keputusan berhenti kerja dan memulakan perniagaan internet
4) Setakat ini bro sudah ada berapa perniagaan internet?
Eeehh…sekarang cuma ada satu je.
5) Produk-produk bro lebih tertumpu pada pasaran global? Kenapa dan apa yang silapnya dengan pasaran Malaysia?
Tidak apa yang silapnya dengan pasaran Malaysia. Salah satu produk saya yang paling berjaya sekali ialah ebook “Chapter M” yang memang 100% untuk market Malaysia sahaja. Tetapi dalam business ini ada infomation marketing, sesetengah infomasi itu memang ia khusus untuk satu market sahaja contohnya ebook “Chapter M” targetnya untuk Malaysian yang ada masalah dengan Paypal dan Clickbank di Malaysia sahaja.
Tapi kalau anda buat ebook yang topiknya lebih general katakan jika anda buat ebook “Online dating”, nak cari awek online la katakan. Infomasi macam tu memang general, ianya boleh diaplikasi dimana sahaja di dunia ni. Tapi kalau anda buat ebook begitu, kenapa hanya tertumpu pada market tempatan sahaja? Kenapa tidak international market kerana anda boleh jual kepada sesiapa pun.
Semuanya bergantung kepada type of infomation yang anda cuba jualkan. Contohnya jika anda visit internetmillionaire.com.my, website usahawan internet yang targetnya untuk Malaysian sahaja kerana type of informationnya. Semuanya depend pada infomation sahaja. Jika infomation anda general yang boleh diapikasikan di negara-negara lain, tidak salah anda menjualnya secara global.
Oleh sebab tukaran wang asing tu, ebook tu mungkin pada rakyat Malaysia kelihatan mahal, tapi tidak bagi orang kat US. Katakan anda menjual ebook pada harga $37 USD. $37 USD kat US is nothing sebab mereka dah biasa belanjakan $37 USD ni untuk benda sebegini. Ibarat tukar USD jadi Ringgit Malaysia. RM 37 kat sini biasa je, tidak mahal pun bagi sesebuah ebook.
Tapi jika orang Malaysia convert, orang Malaysia ni suka convert sebenarnya..huhu, bila dah convert dia tengok “usshh!!..RM 126 mahal bangat ebook ni”. Jadi susah sebenarnya nak menyakinkan orang tempatan untuk beli ebook berharga RM 126, kerana kelihatan mahal bagi rakyat Malaysia. Tapi jika infomationnya general, anda boleh target untuk global market dan sesetengah market tu spending capasitynya lebih tinggi daripada orang di Malaysia, dengan kata lain lebih mudah untuk jual kepada mereka.
6) Ada sesetengah orang kata perniagaan internet ini sudah tepu? Apa pendapat bro tentang keyataan sinis ini?
Anda sekarang dah tahu kenapa saya quit internet markting sebelum ini? Saya ada cerita yang saya berjaya buat lebih kurang RM 800 dan cuba nak up lebih banyak lagi tapi tak jadi. Last sekali saya give up tapi 3 tahun lepas tu kembali buat internet marketing semula. Masa tu tahun 2002 orang kata benda yang sama jugak, orang kata perniagaan internet sudah tepu, tiada gunanya buat ebook sebab dah ramai dah orang yang buat.
Benda ini memang orang akan sentiasa bercakap dan akan terus bercakap. Tapi masalahnya bukan kerana market dah tepu ke apa, masalahnya ialah adakah diorang faham market tu. Market ini khususnya internet punya market selalu berubah-ubah. Apa yang anda boleh jual 2 tahun dahulu, sekarang dah tak boleh jual dah sebab market dah berubah. Jadi anda juga kena ubah produk anda, kalau anda berjaya menghasilkan produk yang marketnya memang sesuai masa tu, tak kisah la market tu tepu ke, tepung ke asalkan produk itu baik anda boleh buat duit.
7) Perniagaan internet ini ada dua jenis iaitu produk fizikal dan digital? Bila bercakap pasal produk digital orang akan terfikir ebook. Tapi adakah perniagaan ebook masih relevan?
Perniagaan ebook masih relevan dari dulu sampai sekarang. Kalau ada orang yang jumpa saya dan berani kata ebook tak boleh dijual. Saya boleh buktikan dia salah. 5 tahun dahulu ebook memang murah, tapi tidak sekarang. Kalau 5 tahun dulu nak beli ebook tiada yang lebih daripada $100 USD atau $50 USD. Sekarang ini nak dapat ebook kurang daripada $50 USD pun susah. Banyak yang $97 USD, $200 USD pun ada.
So, apa masalahnya bukan orang tak nak beli ebook, malah value of the ebook itselt dah meningkat, dengan kata lain value of the infomation sekarang dah meningkat. Itu menunjukakan perniagaan ebook masih lagi relevan. Ok, kalau orang kata market itu dah tepu, apa masalahnya kalau market itu dah tepu? Bila dah ada ramai orang buat, too much of infomation la. So sekarang ebook anda juga kena berubah, instead ebook yang menceritakan secara basic sahaja kerana orang kini buat ebook yang lebih mendalam, lebih fokus topik-topik kecil dan menerangkannya dengan lebih detail. So, walaupun market tu dah tepu atau terlalu banyak infomation, anda masih boleh menjual ebook asalkan ebook anda much better than other, more targeted dan lebih tertumpu pada suatu market.
Sebelum bro mencapai tahap ini apa cabaran dan dugaan yang bro Gobala hadapi sendiri?
Ok…cabaran pertama adalah semasa saya mula-mula nak start perniagaan internet, saya rasa saya asyik membelanjakan duit sahaja. Duit keluar, keluar dan keluar tapi tak masuk-masuk. Kalau duit masuk pun tidak cukup atau tidak sebanyak duit yang keluar, jadi saya always rugi. Jadi bila always rugi, rugi, rugi akan sampai satu tahap yang mana anda pun akan give up, saya pun mengalami perkara yang sama. So, itulah cabaran saya masa starting perniagaan internet ini, always rugi, untuk belajar pula perlu belanjakan banyak wang dan duit yang masuk masa tu sedikit sahaja.
Cabaran kedua pula masa nak mempromosikan produk dalam market. Cabaran disini masa nak buat money online sebab ada banyak sangat methods of marketing: cara promosikan produk, cara mendapatkan traffic dan banyak sangat. The problem is most people cuba nak jadi master dan tahu semuanya. Masalah saya masa tu pun sama juga. The truth is you only need one or two methods untuk mendapat visitors yang visit website anda. One or two methods yang anda benar-benar expert and do over and over again sebenarnya sudah cukup. Saya dapat katakan yang ini berlaku kerana information overload kini, too much infomation sampai anda pun pening nak buat yang mana satu dan sebab anda tidak tahu nak buat satu akhirnya anda akan give up.
9) Saya juga berpendapat macam bro yang dimana mentaliti segelintir masyarakat kita tidak mahu melabur duit untuk sedikit ilmu. Apa nasihat bro pada mereka?
Dalam 3 tahun ini saya hanya jumpa dua jenis orang je. Yang satu tu peminta sedekah dan lagi satu lagi tu business owner. Yang peminta sedekah ini senang je nak identify diorang, mereka akan hantar e-mail “Halo…saya baru dalam bidang internet ni, saya tak tau apa-apa. Tolong call saya dan ajar saya semua pasal internet marketing”. Kalau korang baca e-mail tu mesti korang rasa “ehh…bodoh betul orang ini, kenapa nak call dia dan explain semua pasal internet marketing”. Bukannya dia mintak tolong “boleh tak saya jumpa awak, call awak atau bayar awak untuk ajar saya”, TAK!! tapi diorang suruh saya call diorang dan ajar semua pasal internet marketing. Ini mentaliti orang yang saya panggil peminta sedekah la, sebabnya diorang ini hanya tahu meminta macam peminta sedekah “tolonglah saya, saya tak tau nak buat apa, tolonglah bagi duit sikit” semua tu sama aje cuma ayat je lain-lain.
Yang satu lagi pula business owner, orang yang berfikir secara business. Mereka ini senang juga nak identify, cakap sekali je diorang dah boleh buat dan mereka tak akan bagi banyak alasan. In fact, mereka perlu dengar sikit je. Business owner ini biasanya akan tanya soalan yang lebih tertumpu. Biasa saya dapat soalan-soalan ini daripada blog , seminar dan email. Diorang akan tanya soalan yang relevan sahaja sebab benda lain semuanya diorang boleh buat research sendiri kat internet.
10) Boleh bro berkongsi dengan kami sedikit rahsia dan formula untuk berjaya dalam perniagaan internet ini?
Rahsia pertama: You must tread it as a business atau anda mesti anggap ini sebagai perniagaan, bukan sebagai hobi atau benda-benda lain. Ok, kalau anda nak anggap ini sebagai hobi pun boleh tapi anda patut terima income tu seperti income hobi la. Kalau anda buat hobi jual bakul kepada 10 orang sebulan, anda takkan jadi jutawan sebab itu hobi. Jadi kalau anda anggap ini sebagai hobi tapi nak jadi jutawan itu tak bolehlah. So you must manage your expectation. Kalau anda spend cuma 1 atau 2 jam sehaja sehari untuk perniagaan internet tapi nak jadi jutawan dalam masa 3 bulan pun tak jadi.
Rahsia kedua: dapatkan secepat mungkin niche market pada permulaan perniagaan dan cuba dapatkan market yang kena dengan jiwa anda, dengan kata lain market yang anda ada pengetahuan, kalau takde pengetahuan pun anda tahu orang yang expert dalam market itu. Anda harus tahu bagaimana market itu berfikir, website mana yang selalu orang kunjungi, apa yang ramai orang beli online dan banyak lagi. Mula-mula just understand one market sahaja tak payah nak buat website lagi sebelum anda betul-betul memahami market tu. Apa yang mereka beli, apa yang mereka tak akan beli, infomation mana yang mereka nak dan infomation mana yang mereka tak nak, semuanya anda kena faham. If you understand the niche market then you can make money from it.
Rahsia ketiga: Always expend on you instead product. Katakan anda start dalam market musik. Anda dah analysis dan buat target market anda pada orang tempatan dalam arena musik. Anda mesti tahu apa yang diorang minat, contohnya terbaiknya Akademi Fantasia. Katakan anda ada blog tentang AF ini dan anda berjaya membuat duit daripadanya melalui Adsense. Janganlah pada bulan berikutnya anda cuba market yang completely berbeza dari market asal anda, musik. Katakan anda cuba buat untuk market Health – “How to lose weight”. Kedua-dua market music dan health ini takde kaitan langsung sebenarnya. Apabila anda cuba nak buat dalam market yang completely berbeza, akhirnya anda tidak ada masa nak buat semua ni. Website yang dulu baik pun lama-lama akan jadi buruk juga. Jadi lebih baik memiliki 1 market yang berjaya daripada memiliki 2 market yang gagal.
11) Apakah sebenarnya matlamat Internet Millionaire Club (IMC) ini dan kenapa semua pembaca perlu menyertainya?
Anda dah tahu yang second time saya tertarik pada perniagaan internet ini apabila saya jumpa website Patrick Chan. Dari situ baru saya sedar kalau kita tak tau siapa orang lain yang sudah ada perniagaan online dan kita tak boleh nak jumpa diorang ini untuk belajar secara face to face daripada mereka, memang susah sebenarnya untuk berjaya buat seorang diri. Perniagaan internet ini kalau anda nak buat seorang diri memang susah, tapi jika anda ada group of people macam support group yang anda boleh bertemu dan berbincang kurang-kurang 30 minit, memang banyak idea yang anda boleh dapat dari mereka.
Anda tak boleh nak meluangkan masa mempelajari everything from internet. As a business owner actions is more power than words. Anda kena buat lot of actions untuk promote your business market. Sekali-sekala tu you must meet other successful internet business owner di Malaysia untuk berbincang, mendapatkan idea dan infomasi terbaru dari mereka. That is the way to improve your internet business.
Business saya mula berkembang bila saya mula buat business group saya sendiri macam study group la. Study seorang diri memang boring, tapi kalau anda study dalam satu group especially bila group tu ada perempuan cantik, it will become more interisting sehingga everyday nak study, everyday nak join the group itu tapi kalau buat seorang diri mesti jadi malas, tengok tv, main komputer, dan banyak lagi. IMC ini sama juga, berfungsi sebagai tempat semua succeesful business owner di Malaysia berkumpul. Disinilah tempat saya mengumpulkan semua internet business owner dalam satu group dan kita ada sesi dua bulan sekali untuk learn from each other.
12) Berapa averange income bro?
Sejak april 2006 income saya selalu melebihi RM 10,000 tapi sekarang dah melebihi tinggi, 5 finger la.
13) Apa pesanan bro kepada semua yang ingin memulakan perniagaan internet?
Jangan jadi peminta sedekah. Dalam dunia perniagaan ini kalau kita nak minta sedekah tiada siapa pun yang akan bagi. Jadi cuba ambil tanggungjawab anda sendiri untuk learn something. Untuk berjaya anda tak boleh mengharapkan pada orang lain buat something untuk anda sehingganya anda berjaya.
Itu mentaliti orang yang berkerja kat company, orang yang kerja kat company boleh mengadu pada bosnya “Bos tak tau la, macam mana nak buat, saya tak pandai”. Then bos pun “Ok, ok, takpe, bagi orang lain buat”. Tapi kalau nak buat perniagaan internet jangan jadi peminta sedekah. Janganlah pergi kata kat orang lain “Tolonglah, tolong saya, saya takde duit, saya taknak belanjakan duit, saya taknak buat affort, saya taknak meluangkan masa tapi saya nak berjaya”…=___=”. Jangan ada mentaliti sebegitu sebab tu mentaliti peminta sedekah namanya dan sampai bila-bila pun anda takkan berjaya.
Cuba train yourself to have business owner mentaliti. Bila ada problem dan business ini memang sentiasa ada problem, bila ada problem tu cuba tanam mentaliti macam business owner. Tanya dahulu how to solve the problem and look for the solution. Jangan just say “Ohh…problem, i give up”. “You must try to solve all the problem and take your own responsibility for your own action and that is the way to succeed”.
Lihat Tapi Tak Nampak : Tazilan Ibrahim
April 15, 2008
Ironinya masih ramai yang berhadapan dengan dilema dan beranggapan amat sukar mendapatkan idea bisnes yang baik.
Seakan menjadi sebuah misteri… di mana dan bagaimanakah caranya untuk mendapatkan idea bisnes ini? Bahkan seseorang pernah menyatakan kepada saya bahawa puas sudah dia memerah otak dan akal fikirannya untuk mendapatkan idea bisnes yang sesuai untuk dirinya, namun usahanya itu menemui jalan buntu. Ilham yang ditunggu-tunggu tetap tak kunjung tiba bagaikan menanti buah yang tak gugur-gugur. Adakah anda juga begitu? Namun hakikat sebenarnya, ianya tidaklah sesukar seperti yang disangkakan kerana sesungguhnya terdapat banyak idea bisnes ada di persekitaran kita! Cuma kita sahaja yang tak nampak.
Memang benar… sebenarnya idea atau peluang bisnes terbentang luas di hadapan mata kita tetapi kebanyakan daripada kita tidak sedar atau tidak pernah melatih diri bagaimana untuk melihat peluang tersebut. Dalam erti kata lain… kita hanya melihat tetapi tak nampak! Betapa ruginya jika kita mempersiakan anugerah yang dikurniakan tuhan kepada kita. Mata bukan sekadar untuk melihat tetapi juga membolehkan kita nampak sesuatu di sebalik sesuatu, jika
kita mahu.
Bagaimanakah caranya? Dengan teknik mudah, cubalah kenalpasti sejenis bisnes yang menarik minat anda. Kita ambil contoh mudah, katakanlah anda berminat menjalankan bisnes gerai burger. Pertama sekali, buatlah pemerhatian dan kajian bagaimana sebuah gerai burger beroperasi setiap hari. Perhatikan rupa, rekabentuk dan hiasan gerai, cara penyediaan burger, layanan pelanggan dan sebagainya. Yang penting, pastikan anda melihat dan memerhatikan segalanya.
Langkah kedua, selepas pemerhatian anda tadi, fikirkan sekurang-kurangnya 10 perkara atau cara untuk mencipta pembaharuan, inovasi atau penambahbaikan ke atas bisnes tersebut. Latih minda anda untuk mengenalpasti seberapa banyak idea baru untuk menjadikan bisnes gerai burger anda itu nanti lebih baik, lebih inovatif dan lebih berdaya maju! Sekarang, anda sudahpun miliki idea bisnes ada sendiri.
Teknik ini juga boleh digunakan ke atas apa jua jenis bisnes, termasuklah bisnes di internet. Anda tetap boleh bersaing walaupun sesuatu niche itu telah disertai oleh ramai usahawan internet lain, asalkan anda memperkenalkan pembaharuan, kelainan, keunikan dan lain dari yang lain!
Kata akhir saya, setiap kali anda melihat sesuatu… pastikan anda bukan sahaja melihat, tetapi anda juga nampak!
Strategi Pemasaran Produk Affiliate : Zamri Nanyan
April 15, 2008
Salah satu cara menjana pendapatan di Internet tanpa mencipta produk sendiri ialah dengan menjadi rakan kongsi untuk produk yang sedia ada, dan jual kembali produk tersebut untuk mendapat peratusan komisyen yang telah ditetapkan.
Ianya dinamakan program affiliate (atau rakan kongsi) dan MLM online juga tergolong di dalam kategori ini.
Sebagai contoh, ebook “Rahsia Perniagaan Digital” mempunyai program affiliate yang tersendiri. Anda boleh daftar sebagai affiliate di http://www1.bisnesdigital.com/jv dan sekiranya anda berjaya menjual ebook “Rahsia Perniagaan Digital” sebagai affiliate, anda akan mendapat komisyen 50% bagi setiap jualan iaitu besamaan RM18.95. Semua urusan pengiriman produk, masalah pelanggan atau pengiriman komisyen akan diuruskan oleh pihak “Rahsia Perniagaan Digital”. Apa yang anda perlu lakukan ialah cuma memasarkan ebook “Rahsia Perniagaan Digital” ini dengan menggunakan pautan (link) affiliate anda.
Walaubagaimanapun, memasarkan produk affiliate juga memerlukan strateginya yang tersendiri kerana anda perlu dedahkan link affiliate anda kepada seberapa ramai bakal pembeli yang mungkin, tanpa melakukan SPAM. Semakin besar pasaran sasaran anda, semakin tinggi jualan yang bakal anda hasilkan.
Jadi di sini saya akan terangkan salah satu cara yang saya gunakan untuk mempromosikan produk affiliate yang mampu menghasilkan jualan dan juga memperkembangkan perniagaan internet anda secara tidak langsung. Tetapi, sebelum itu, mari kita lihat dahulu infrastruktur yang diperlukan untuk menjayakan strategi ini.
Berikut ialah peralatan yang anda perlukan:
- “Squeeze Page atau Opt-in Page”. (dalam bahasa Malaysia, saya namakan laman web “Borang Langganan”).
Laman web “Borang Langganan” ialah bertujuan untuk memudahkan bakal pembeli produk affiliate anda meninggalkan nama dan alamat e-mel mereka untuk anda hubungi di kemudian hari. Di laman web ini cuma ada beberapa maklumat penting mengenai perniagaan anda dan satu borang langganan percuma.
Apa yang selalu saya berikan di sini ialah satu e-kursus percuma selama beberapa hari. Jadi saya nyatakan di laman web ini seperti “E-kursus Perniagaan Digital Selama 5 Hari Percuma. Langgan Sekarang Dengan Memasukkan Nama Dan Alamat E-Mel Anda” atau yang seumpamanya.
Sesiapa yang berminat dengan apa yang saya tawarkan akan meninggalkan nama dan e-mel mereka di dalam borang yang saya sediakan di laman web ini.
- Autoresponder
Ini merupakan perisian yang dapat membantu anda menguruskan senarai nama pelanggan dan bakal pembeli anda. Saya pernah menggunakan autoresponder yang dipasangkan di pelayan web saya sendiri namun saya dapati ianya lebih mudah untuk menggunakan servis yang dikendalikan oleh mereka yang profesional. Jadi, saya amat syorkan anda menggunakan GetResponse atau Aweber. Elakkan penggunaan autoresponder yang percuma kerana jika anda ingin perniagaan anda berkembang pada masa akan datang, anda tidak ingin mengambil risiko masalah yang selalu berkaitan dengan servis autoresponder percuma.
Di dalam autoresponder ini, masukkan e-kursus yang anda tawarkan. Ianya merupakan siri mesej berkaitan e-kursus anda dalam format 5 atau 7 e-mel. Emel ini ditulis terlebih dahulu dan diprogramkan ke dalam autoresponder berbayar anda untuk menghantar mesej ini pada tempoh-tempoh yang ditentukan. Sebagai contoh, e-mel pertama akan dihantar sebaik sahaja bakal pembeli anda memasukkan nama dan emel mereka ke dalam borang langganan anda. Emel kedua dihantar 2 hari kemudian, dan begitulah seterusnya. Dan penghantaran emel ini sebenarnya berjalan secara automatik hasil daripada penggunaan autoresponder anda.
- Blog
Blog ialah satu laman web dinamik. Ianya selalu dikemaskini oleh penulisnya untuk memberitahu pembaca mengenai perkembangan semasa yang berkaitan dengan bisnes yang anda jalankan. Terdapat banyak perisian blog di internet tetapi saya sarankan anda menggunakan Wordpress yang dipasang di pelayan web anda sendiri.
Selepas anda menyediakan infrastruktur yang diterangkan di atas, anda sekarang sudah bersedia untuk ke langkah seterusnya – iaitu mempromosikan laman web “Borang Langganan” anda. Sila jangan keliru di sini kerana anda tidak cuba untuk mempromosikan sebarang laman web affiliate pada masa ini lagi.
Anda akan mempromosikan laman web “Borang Langganan” anda supaya anda boleh menambahkan seramai mungkin nama dan e-mel bakal pembeli anda ke dalam pengkalan data (database) autoresponder anda. Kebarangkalian anda untuk mendapat lebih banyak jualan meningkat apabila anda mempunyai senarai nama sasaran yang besar.
Sekali lagi saya tekankan – FOKUS kepada cara untuk mendapatkan seramai mungkin bakal pembeli anda ke dalam database autoresponder anda, dan berikut adalah cara-cara anda melakukannya.
- Pemasaran Melalui Forum
Terus-terang saya katakan yang saya bencikan forum SEKIRANYA forum yang saya sertai mempunyai ramai orang yang cuma berminat untuk mempromosikan produk mereka sahaja tanpa memberikan ilmu untuk dikongsi bersama. Jadi, sebelum anda lakukan SPAM di mana-mana forum, anda perlu ingat yang tujuan forum diwujudkan ialah untuk berkongsi ilmu dan maklumat supaya peserta forum boleh mendapat faedah sesama sendiri secara percuma.
Kalau hendak berforum, pasti ada caranya. Dan anda boleh lakukannya begini… di dalam bahagian keahlian forum yang anda sertai, ada disediakan kemudahan meletakkan ‘signature file’ yang membolehkan anda meletakkan link ke sebarang laman web. Gunakan bahagian ini untuk meletakkan link ke laman web ‘borang langganan’ anda.
Yang menariknya, untuk setiap paparan yang anda tulis di forum yang anda sertai, ‘signature file’ anda akan disertakan di akhir paparan tersebut. Inilah bahagian yang anda gunakan untuk promosi produk anda. Kadang-kadang ada juga disediakan ruangan beriklan di dalam forum yang anda sertai. Di sini juga anda boleh beriklan.
- Penulisan Artikel
Sekiranya anda mahir dengan sesuatu topik, tidak menjadi masalah untuk anda menulis sebarang artikel yang berkaitan dengan topik tersebut. Mula menulis sekarang dan berikan kebenaran untuk orang lain memaparkan artikel anda di laman web mereka.
Tapi sebelum itu, berikan syarat anda terlebih dahulu – iaitu bagi sesiapa yang ingin menggunakan artikel anda, mereka perlu meletakkan biografi ringkas mengenai anda di akhir artikel yang anda tulis tersebut dan tiada sebarang pindaan dilakukan ke atas artikel anda. Di dalam biografi ringkas inilah anda letakkan link ke laman web anda.
- Pemberian Laporan Percuma
Selepas menulis beberapa artikel, gabungkan artikel ini dan jadikan satu laporan ringkas yang anda benarkan orang lain menyebarkannya secara percuma. Pastikan anda meletakkan link ke laman web anda di dalam laporan percuma ini supaya sesiapa yang membacanya boleh melawati laman web anda dengan cuma klik ke link yang anda berikan.
Walaubagaimanapun, laporan percuma ini sepatutnya disimpan dalam format PDF supaya nampak lebih profesional. Sekiranya perlu, upah seseorang untuk mencipta “report cover” (kulit buku untuk laporan percuma) anda.
Ketiga-tiga kaedah promosi yang dinyatakan di atas adalah sebagai permulaan dan anda boleh juga mengaplikasikan lagi beberapa kaedah yang saya rasa tak kurang juga hebatnya di bawah:
- Meninggalkan komen di blog yang mempunyai ramai pembaca, dan jangan lupa meletakkan link ke laman web anda semasa berbuat demikian.
- Membeli ruang iklan di laman web orang lain seperti iklan pautan (link) atau banner.
- Joint venture atau berkongsi promosi untuk memasarkan laman web masing-masing. Sebagai contoh, anda boleh membuat ulasan mengenai laman web rakan anda di blog anda dan rakan anda boleh membuat ulasan di laman web beliau. Kemudian anda dan rakan anda hantarkan ulasan yang ditulis ini ke mailing list masing-masing. Dengan cara ini, saingan anda akan menjadi rakan kongsi anda untuk kebaikan bersama.
Selepas anda melakukan kaedah pemasaran yang saya nyatakan di atas secara besar-besaran, anda sepatutnya mempunyai ramai orang di dalam senarai nama di dalam sistem autoresponder anda.
Di sinilah bermulanya promosi produk affiliate anda.
Kemaskinikan blog perniagaan anda selalu dengan informasi yang menunjukkan anda adalah pakar di dalam bidang yang anda ceburi. Sekiranya produk yang anda pasarkan adalah berkaitan kereta lumba, pastikan anda berikan banyak informasi mengenai kereta lumba di blog anda.
Di masa yang sama, anda boleh gunakan fungsi ‘broadcast’ (iaitu menghantar email kepada semua orang yang berada di dalam mailing list anda secara serentak) untuk memberitahu yang anda telahpun mengemaskini blog anda. Dari sinilah anda mula mempromosikan produk affiliate anda. Bagi contoh kereta lumba yang kita bincangkan di sini, anda bolehlah mempromosikan produk affiliate seperti replika kereta lumba dan poster pemandu kereta lumba.
Jangan lupa meletakkan pautan (link) ke produk affiliate di blog anda juga dan
Dengan menggunakan kaedah ini, anda akan sentiasa mempunyai pasaran yang tepat untuk mempromosikan produk affiliate anda. Sekiranya anda perlukan wang tunai, dan jika dilakukan dengan betul, satu email ke mailing list anda sahaja sudahpun cukup untuk mendapatkannya.
Akhir sekali, saya ingin nyatakan yang kaedah ini cuma salah satu cara yang berkesan untuk mempromosikan produk affiliate. Ini juga merupakan salah satu cara saya melakukannya untuk mempromosikan laman web www.ZamriNanyan.com saya. Apabila anda sudah mahir,
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.ZamriNanyan.com, http://www.SuccessUniversity.com.my dan http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================







